Cikgu Pro Pembangkang Dinasihatkan Jangan Bodohkan Diri Di Media Sosial

Zaman sekarang ni bukan sahaja masyarakat muda yang kerap menyalahgunakan kemudahan dan teknologi terkini seperti laman sosial… Tapi orang dewasa juga turut tidak terlepas. Paling teruk apabila orang dewasa berstatus ‘cikgu’ juga tak dapat berpemikiran normal ketika mengendalikan laman sosial seperti Facebook.

Baru-baru ini Menteri Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid menasihati para guru sekolah yang aktif di laman sosial Facebook, agar sentiasa menjaga tata tertib mereka. Ini kerana tingkah laku mereka diperhatikan oleh golongan muda dan menjadi contoh kepada generasi tersebut.

Mana tidaknya… Kalau cikgu yang berstatus pro pembangkang tu… Amboiii, bukan main lagi dorang dok mencarut di Facebook menghina dan mencaci maki kerajaan. Padahal dorang tu tak sedar yang dorang bekerja dengan kerajaan.

Kalau nak kritik kerajaan tu jangan sampai menghina dan memaki hamun… Kerajaan sentiasa bersikap terbuka dalam menerima teguran. Tapi jangan sampai memperbodohkan diri sendiri dengan menjadi macai pada pembangkang.

Nama je cikgu tapi memperburuk-burukkan orang lain… Tindakan dorang itu secara tak langsung telah mendekatkan diri mereka kepada perbuatan memfitnah. Bukan setakat di Facebook je, geng-geng cikgu pro pembangkang ni dok mencarut.

Tapi di group-group seperti dalam Whatsapp pun ada… Eshhhh, memalukan betul! Kalau benci sangat dengan kerajaan baik berhenti je dari jadi cikgu… Pergi je kerja dengan pembangkang tu. Sepatutnya dorang sebagai cikgu perlu tunjuk teladan dan nilai yang baik pada pelajar mereka.

Ini tidak… Ada sampai mengheret nafsu benci terhadap kerajaan dengan melepaskan kebencian itu dengan memaki hamun kerajaan di hadapan pelajar. Ajak pelajar hina kerajaan sekali, hanya kerana tak puas hati dengan pentadbiran kerajaan.

Jangan ingat menteri-menteri tak tahu dan tak dapat kenal pasti cikgu-cikgu yang bersifat pro pembangkang ni… Kalau nak kritik boleh… Tapi biarlah bertempat dan guna otak… Bukannya guna kepala lutut. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s