Bukan main beriya-iya lagi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebelum ini mencanang seluruh dunia, katanya nak bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh parti cauvanis DAP.
Siap tolong Pakatan Harapan untuk memujuk PAS agar turut serta dalam pakatan dorang tu… Tapi hari ini semuanya sudah berbeza! Apa dah jadi?? Dengar kata PPBM dah tak jadi dan tukar fikiran… Tak mahu lagi bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
Kenapa yer? Adakah disebabkan dorang takut pada DAP? Atau dorang kini sudah sedar bahawa berada dalam Pakatan Harapan, bermakna dorang berada dibawah DAP dan harus mengikut segala telunjuk DAP.
Menurut Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin… Kononnya PPBM tak jadi untuk jalinkan hubungan bersama Pakatan Harapan kerana masih belum yakin dan memerlukan masa yang lebih lama untuk berbincang.
Mungkin PPBM sudah mula sedar dan tidak percaya dengan dasar yang dibawa DAP selama ini… Atau mungkin juga PPBM sudah sedar dan tahu agenda DAP. Sebab tu la PAS pun taknak kerjasama dengan DAP.
Kerjasama antara kedua-dua belah pihak perlu mendapatkan persetujuan kesemua ahli dan pemimpin atasan parti… Kalau pemimpin atasan je yang setuju tapi ahli tidak, tak guna jugak.
Korang percaya ke yang DAP akan memperjuangkan kedudukan Islam dan hak mengamalkan agama lain? Betul ke DAP akan mempertahankan kedudukan kaum Bumiputera dan hak kaum lain? Serta komitmen untuk reformasi institusi dan memerangi rasuah? Macam tak percaya je!
Mungkin taring sebenar DAP kian kelihatan… Sebab tu PPBM dilaporkan telah membatalkan majlis menandatangani perjanjian menyertai Pakatan Harapan tempoh hari. Atau sebenarnya semua tu wayang je, dan PPBM tak mahu pun kerjasama dengan Pakatan Harapan. – TiraGomez/UtaraNews