Aeril Zafrel Dan Ummi Nazeera Kembali ‘Bercinta’

Selain drama ‘Suri Hati Mr.Pilot’ yang berjaya menarik perhatian ramai hingga mencecah jutaan tontonan setiap episod apabila ditayangkan, saingan drama berkenaan, iaitu drama ‘Patahnya Sebelah Sayap’ yang ditayangkan di TV3 turut berjaya menarik perhatian ramai.. Kedua-dua drama ni sering meniti dibibir peminat..

Setiap kali dua drama ni ditayangkan, pasti akan trending.. Selepas ‘Patahnya Sebelah Sayap’, Miss dengar pelakon utama dalam drama tersebut, iaitu Aeril Zafrel dan Ummi Nazeera akan digandingkan sekali lagi dalam drama terbaru yang bertajuk ‘Nahu Rindu’..

Nampak macam best jer u’olls! Miss tak menafikan gandingan dorang dalam drama sebelum ini, memang gempak dan meninggalkan kesan yang dalam kepada hati penonton.. Itu sebab lah ramai yang menantikan gandingan dorang sekali lagi dalam mana-mana drama..

Nasib baik jugak lah Aeril ni dah kahwin.. Kalau tak, mesti dorang kena gosip berdua.. Hahaha.. Nampaknya rindu peminat Aeril dan Ummi Nazeera terhadap mereka akan terubat dengan drama terbaru lakonan mereka ini..

Bagi u’olls yang tak sabar menonton drama terbaru pasangan ini, boleh lah tonton dilaman tonton.com.my sebelum ditayangkan di televisyen.. Di laman tersebut u’olls boleh tonton kesemua episod.. Tak ada lah u’olls ternanti-nanti untuk tengok di televisyen..

Miss rasa drama terbaru Aeril dan Ummi Nazeera ni pun pasti akan trending.. Dah kedua-duanya telah membuktikan gandingan dorang hebat dalam drama sebelum ni, apatah lagi dalam terbaru ni.. Mesti lagi best dan gempak noh.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s