Adun BN Selar Tindakan DAP Yang Menyibuk Hal Ehwal Agama Islam

Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) menyelar tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP yang mendesak dewan menolak usul pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam. Campur tangan DAP dalam hal agama di Selangor, langsung tidak dihalang oleh ahli Pakatan Harapan yang beragama Islam.

Sikap berdiam diri ini jelas menunjukkan DAP Selangor memiliki kuasa veto dalam membuat sebarang keputusan. Nampaknya DAP yang lebih berkuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri, termasuklah menguruskan hal ehwal agama Islam.

DS Azmin Ali selaku Menteri Besar juga membisu dan tidak memberikan tindak balas berkenan usul tersebut. Campur tangan DAP dalam hal berkaitan ehwal Islam dilihat bukan isu baru dalam pentadbiran kerajaan negeri, sebaliknya perkara ini sering berlaku. Sebelum ini Mantan Adun Gombak Setia, Datuk Hasan Ali dipecat kerana tidak menyokong DAP.

Di khabarkan beliau dipecat setelah membangkitkan isu penjualan arak secara terbuka. Sehubungan itu, PAS telah memecat Hasan serta merta dan tidak dicalonkan semula pada PRU13 lalu. Hal ini jelas menunjukkan DAP mempunyai kuasa besar dalam pentadbiran Selangor sejak dari dulu lagi.. PKR dan PAS juga dilihat kecut perut sehingga sanggup membuang pemimpin semata-mata menjaga hati rakan pembangkang.

Sikap PKR yang takut untuk bersuara memberi kelebihan kepada DAP untuk melakukan apa sahaja termasuk mencampuri hal ehwal agama Islam. Sekiranya ahli PH yang beragama Islam masih selesa dengan sikap DAP hari ini, kerajaan Selangor akan terus dikawal oleh parti chauvinis.

Pentabiran berlandaskan Al-Quran dan Hadis juga tidak boleh dilaksanakan jika DAP masih menyibuk. Sepatutnya Adun PH yang beragama Islam tidak membiarkan DAP mencampuri pindaan enakmen yang akan dilakukan. Tindakan biadap DAP juga menyukarkan BN mengemukakan sebarang cadangan untuk menambahbaik ehwal agama dalam pentadbiran kerajaan Selangor. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s