SPRM Nafi Ada Pegawai Yang Terlibat Dengan Penderaan Seksual

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan pegawainya terlibat dengan kes penderaan seksual dan keganasan rumah tangga yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

SPRM berkata, siasatan polis mendapati dakwaan itu tidak benar.

“Laporan polis akan dibuat ke atas akaun Facebook yang menyebarkan video dan berita berhubung perkara itu,” kata suruhanjaya itu dalam kenyataannya.

Adalah tidak adil bagi SPRM apabila orang ramai melemparkan andaian negatif terhadap agensi berkenaan dengan mengaitkan isu rumah tangga pegawai-pegawainya, kata kenyataan itu.

Pengendali akaun Facebook itu antara lain mendakwa pegawai SPRM berkenaan melakukan penderaan melibatkan anak-anaknya serta memuat naik gambar dan video berkaitan.

Namun, catatan di laman berkenaan telah dipadamkan susulan kenyataan SPRM itu. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s