Sejuta Peluang Pekerjaan Akan Tertutup Jika TPPA Berakhir

6-copy

Ketika seluruh dunia terus memperkatakan mengenai kemenangan mengejut Donald Trump pada Pilihan Raya Presiden Amerika baru-baru ini, bagi pemain industri pula kemenangan ini telah mewujudkan satu polemik baru terutama melibatkan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Wujud kebimbangan bahawa Trump berkemungkinan besar akan mengkaji semula semua perjanjian melibatkan TPPA yang ditandatangani semasa era pentadbiran Presiden Barrack Obama.

Andai ini berlaku, kesannya sudah pasti kepada 11 buah negara yang sudah menandatangani perjanjian perdagangan strategik ini.

Ini kerana, sebelum ini, pihak penganjur, iaitu Amerika Syarikat telah menyatakan bahawa menerusi perjanjian ini, kesemua negara peserta akan menikmati kadar pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan yang lebih komprehensif.

Namun, andai perjanjian ini ditamatkan sebelum ia dilaksanakan, besar kemungkinan, pertumbuhan ekonomi negara anggota akan kembali seperti asal dan paling dibimbangkan, peluang pekerjaan juga gagal dihasilkan.

Mengulas akan hal ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dilaporkan berkata, Malaysia berkemungkinan akan kehilangan kira-kira 1 juta peluang pekerjaan andai TPPA ini menemui titik penamatnya.

Nada yang sama turut diluahkan oleh PricewaterhouseCoopers (PwC) yang menjangkakan, Malaysia akan turut terkena tempias jika TPPA ini tidak dilaksanakan di bawah pentadbiran Trump.

PwC sebelum ini mengunjurkan Malaysia akan dapat mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan andai TPPA ini dilaksanakan. Namun, setelah Trump berkuasa kelak, jika beliau memutuskan untuk tidak meneruskan perjanjian TPPA ini, Malaysia menjadi negara keempat daripada 11 negara yang terlibat dalam TPPA akan terjejas dengan dasar baru ini.

Namun begitu, menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani, Trump berkemungkinan tidak akan menggadaikan sesuatu perjanjian yang telah dipersetujui sebelum ini hanya untuk melaksanakan manifesto pilihan rayanya.

Malah Trump sebagai ahli perniagaan yang berjaya, pastinya tidak akan melakukan perkara yang terlalu radikal sehingga boleh melemahkan ekonomi dunia.

Ini kerana, ekonomi Amerika Syarikat dan dunia saling berkait dan beliau pastinya enggan memperjudikan kedudukan ekonomi Amerika hanya kerana mahu memansuhkan TPPA. – BeruangBiru

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s