Muzik Video Lagu Ku Rela Dibenci Catat 20 Juta Tontonan Di Youtube

Sekarang ni Miss tengok berlambak penyanyi baru menghiasi indusrtri muzik tempatan, salah seorang tu adalah Aiman Tino.. U’olls kenal tak siapa Aiman Tino?? Miss rasa dah ramai yang kenal dengan penyanyi muda yang terkenal dengan lagu ‘Ku Rela Dibenci’ ni, terutama di kalangan remaja-remaja perempuan..

Aiman Tino atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Bin Yusri merupakan seorang penyanyi yang muncul didalam industri muzik dengan sebuah lagu yang berjudul ‘Ku Rela Dibenci’.. Miss dengar lagu tu dicipta sepenuhnya oleh bapak Aiman sendiri..

Lagu tu sekarang memang meletop-letop.. Miss tengok lagu tu sering diputarkan dikebanyakan corong-corong radio di Malaysia dan jugak sering dimainkan di YouTube.. U’olls tengok jer lah jumpah tontonan di YouTube tu, kini dah mencecah 20 juta tontonan dengan hanya mengambil masa selama lima bulan selepas dimuat naik..

Hebat betul penangan penyanyi berusia 18 tahun ni kan.. Bukan senang penyanyi tempatan nak mencapai jumlah tontonan sampai berpuluh juta macam tu.. Ini kira satu pencapaian yang sangat membanggakan! Silap-silap video ni akan mencecah 50 juta dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang..

Lagi satu, Miss dengar penyanyi Zarul yang merupakan peserta Gegar Vaganza Musim ketiga akan menyanyikan lagu Aiman pada konsert hari ahad nanti.. Nampaknya akan bertambah lagilah penonton klip video lagu Aiman tu nanti noh.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s