Chef Wan Dan Netizen Berbalah Di Instagram Kerana Warga Asing

Nama Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan Chef Wan, bukan lah satu nama yang asing lagi di kalangan rakyat Malaysia.. Siapa lah yang tak kenal dengan chef selebriti yang terkenal ni kan.. Lagipun Chef Wan bukan setakat dikenali di Malaysia jer, malah dikenali di beberapa negara luar jugak..

Walaupun Chef Wan dikenali sebagai chef selebriti dan jugak bapak kepada pelakon Serina Redzuawan dan chef Riz, Chef Wan jugak terkenal dengan kelantangannya bersuara.. Sesiapa yang cuba cari pasal dengannya, memang akan kena serang balik lah..

Miss ada usha-usha akaun Instagram Chef Wan dan tertarik dengan satu video yang telah dimuat naik olehnya baru-baru ini.. Dalam video tu menunjukkan Chef Wan memberi makan kepada tukang kebunnya, tetapi tindakannya itu telah mencetuskan kritikan ramai..

Chef Wan dikritik kerana memberi makan kepada pekerjanya yang bernama Salim tanpa meja.. Kononnya nampak kasihan lah pekerja tu dilayan macam tu.. Mungkin ramai yang menganggap layanan Chef Wan terhadap pekerjanya tu macam pengemis..

Cer u’olls tengok video tu, nampak kesian bila tengok orang makan macam tu kan.. Gara-gara tu jugak, perbalahan diantara Chef Wan dan netizen tercetus.. Tapi Miss tengok komen-komen negatif semuanya telah dipadam..

Miss tengok Chef Wan pun sempat membalas komen kepada individu yang mengkritiknya tu, cer u’olls baca komen tu.. Mungkin sebab tu lah pengkritik-pengkritik padam komen negatif dorang selepas ‘disekolahkan’ Chef Wan..

Chef Wan menjelaskan yang dia dah tawarkan Salim makan di meja, tapi Salim jer menolak kerana dah biasa makan di bawah.. Biasalah orang lain akan salah faham, kalau tengok video yang Chef Wan muat naik ni.. Jadi, lepas ni Chef Wan kena jelaskan siap-siap sebelum muat naik video macam ni.. Kalau tak, akan timbul kritikan lah nanti!! – Misshana/Utaranews

https://www.instagram.com/p/BMdERqwBDuJ/?taken-by=chefwan58

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s