Najib Razak Sudah Lama ‘Kamching’ Dengan Donald Trump

8a-copy

Pembangkang kononnya risau dengan pengumuman jawatan Presiden baru Amerika Syarikat (AS) yang dimenangi oleh seorang ahli perniagaan dan bilionair, Donald Trump. Keputusan pilihan raya AS itu mengejutkan semua orang.

Pembangkang mendakwa kononnya Trump akan memutuskan hubungan diplomatik diantara AS dengan Malaysia. Haha! Padahal pembangkang hanya mahu menimbulkan kerisauan di hati rakyat Malaysia khususnya.

Pembangkang tak tahu sebenarnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah lama “kamching” atau dah serasi dengan Trump. Najib sudah lama tahu mengenai Trump yang semenangnya sarat dengan kontroversi itu.

Malah perdana menteri menambah, rakyat tak perlu risau dan khuatir kerana hubungan baik antara Malaysia dan AS akan terus dijalinkan, meskipun tapak kepimpinan sudah pun beralih kepada Trump.

Pastinya kepimpinan Trump juga masih memerlukan kerjasama daripada Malaysia dan negara-negara yang lain. Najib juga percaya bahawa Trump bakal membina kerjasama yang lebih baik bersama semua negara yang ada.

Najib Razak bukannya mengenali Trump secara biasa-biasa je bebb! Tapi Najib kenal dengan Trump secara peribadi… Maknanya dorang ni dah kenal satu sama lain la. Jadi apa yang diperkatakan pembangkang tu hanyalah satu cubaan untuk menakut-nakutkan rakyat sahaja.

Donald Trump berjaya menewaskan Hillary Cliton dalam pilihan raya AS baru-baru ini… Dengan kemenangan ini, bermakna Trump dipilih oleh rakyat AS selaku Presiden AS, walaupun beliau bukanlah seorang ahli politik konvensional. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s