Mungkin Inilah ‘Layanan’ Yang Ibu Bapa Mahu Bila Anak Mereka Lewat Ke Sekolah!!

viral

viral1

viral2

Memang kreatif betul la rakyat Malaysia ni, kalau nak menyindir memang cukup pandai.. Korang ingat lagi pasal ibu bapa yang marah sebab pengetua sebuah sekolah denda pelajar yang datang lewat dengan disuruh duduk atas jalan tar?

Anak-anak yang didenda balik mengadu pada ibu bapa sebabkan denda itu, punggung anak-anak dorang dah sakit.. Ibu bapa telah ambil tindakan pada pengetua sekolah dan sifatkan denda yang dilakukan itu tak patut..

Terkini, viral beberapa keping gambar pelajar yang didenda duduk di jalan tar telah ‘diedit’ atau ‘disunting’ oleh netizen.. Memang buat Miss A gelak bila tengok gambar yang diedit tu..

Dorang ‘sunting’ gambar menunjukkan pelajar yang didenda itu sedang duduk di atas sofa, karpet, beserta kipas dan penghawa diingin.. Memang gambar ni telah disunting untuk ‘menyindir’ ibu bapa yang terlalu manjakan anak-anak..

Agaknya memang macam ni kot layanan yang ibu bapa harapkan dari pengetua sekolah pada anak-anak dorang bila datang lewat ke sekolah? Kalau A++ punya layanan macam ni untuk pelajar yang datang lewat ke sekolah, memang ramai la pelajar lain nak datang lambat..

Mau taknya, budak datang lambat akan dapat layanan istimewa yang macam ni dari pelajar yang datang awal.. Ye tak?? Hahahha.. Tak salah nak menjaga anak seperti ‘menatang minyak yang penuh’.. Tapi, tak payah la sampai nak manjakan anak sampai langsung tak boleh nak di denda atau ditegur guru.. – MissA/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s