Majlis Agama Pulau Pinang Dituduh Menyusahkan AJK Masjid

8-copy

Wakil AJK Masjid At-Taqwa di Taman Brown/Taman Sardon hari ini mendakwa masjid didalam kariah mereka mengalami masalah akibat pembekuan kewangan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Ianya dikatakan telah menyusahkan AJK Masjid yang baru sahaja dilantik bagi menggantikan Ahli jawatankuasa masjid yang lama.

Wakil ahli jawatankuasa masjid berkenaan menjelaskan, pemilihan baru AJK bagi masjid dan juga pengerusi masjid telah dibuat sebanyak dua kali, tetapi majlis agama dikatakan tanpa alasan yang kukuh telah menolak pihak ajk masjid yang baru..

Menurut beliau lagi, sekarang ni ahli jawatan kuasa yang baru telah ditekan oleh anak kariah didalam soal perbelanjaan masjid, sedangkan semua duit masjid telah dibekukan oleh pihak Majlis Agama.

Anak kariah menuduh AJK baru tidak boleh buat kerja. Tetapi bagaimana ajk masjid nak mengimarahkan masjid dan buat aktiviti masjid, jika duit masjid dibeku oleh majlis agama P.Pinang? Ujar beliau.

Beliau juga memberi pandangan bahawa kemungkinan ada tekanan politik dari luar yang dibuat oleh calon-calon AJK yang telah ditolak pencalonannya, semasa pemilihan Jawatankuasa oleh kariah Masjid.

Mungkin dengan cara itu, mereka beranggapan boleh memberi tekanan kepada Majlis Agama supaya pihak yang tidak tercalon tersebut dapat kembali mengambil alih masjid.

Beliau yang kesal dengan permainan politik kotor tersebut, juga menjelaskan bahawa pihak AJK yang baru telah berberapa kali mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan perkara itu dengan Majlis Agama, tetapi pihak Majlis Agama masih memberi pelbagai alasan.

Beliau turut mengharapkan agar anak-anak kariah di masjid berkenaan faham akibat masalah yang mereka hadapi, dan juga karenah birokrasi oleh Majlis Agama Pulau Pinang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s