Macai Pembangkang Bengang Rakyat Malaysia Lebih Kisahkan Hal Elly Mazlein

7a-copy

Sejak kebelakangan ini rakyat Malaysia begitu prihatin dan kasihan mengenai nasib malang yang menimpa peserta Gegar Vaganza musim ke-3, Elly Mazlein. Yela, dah la suaminya baru je kena kebas dengan artis satu industri… Lepas tu kena cerai selepas baru lahirkan anak dan tengah dalam pantang pulak tu.

Eshhh… Eshhh… Eshhhhh… Kesian betul! Nasib Elly atau nama panggilannya Kak Lina ni bertambah malang, apabila dia sentap dengan komen Datuk Ramli MS yang mengeluarkan komen kononnya Kak Lina ni raih simpati je dalam Gegar Vaganza tu… Amboiii laser melaut kau yer!

Nasib tak baik Kak Lina tak terhenti disitu je… Macai pembangkang sorang ni pun tak puas hati jugak dekat Kak Lina ni hahh! Laaa dah kenapa?? Katanya dia sedih sebab rakyat Malaysia ni lagi prihatin pasal Kak Lina di Gegar Vaganza tu daripada kisah pasal isu harga barang yang naik tu.

Sampai macai pembangkang sorang ni kata kelemahan orang Melayu adalah hiburan, sampai lupa pada masalah ‘besar’ yang menimpa negara kita sekarang ni. Macai pembangkang ni terus meroyan di Facebook katanya bila orang Malaysia kena sogok dengan hiburan… Habis lupa isu kenaikan harga barang yang dipolitikkan oleh pembangkang.

Melayu mudah lupa katanya… Mungkin macai pembangkang ni nak rakyat Malaysia meroyan pasal kenaikkan harga barang je kot sampai mati. Serius sangat sampai kisah hiburan pun macai pembangkang ni tak bagi bicarakan.

Sedih betul hidup macai pembangkang sorang ni kan… Takde ‘life’ agaknya, sebab tahu nak meroyan pasal politik je sepanjang masa… Rakyat pun dah naik muak dengan politik murahan yang dimainkan pembangkang ni. Baik kes Kak Lina lagi ‘best’ dari nak ambil peduli hal kenaikan harga barang tu. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s