Kanak-Kanak Berusia 8 Tahun Didera Oleh Teman Lelaki Ibu Kandung

Tak payah nak jadi ibu la pompuan oit, kalau dah tak reti nak jaga dan didik anak sendiri.. Anak ko kena belasah ‘lunyai’ macam tu, ko boleh tengok saja? Mana perasaan kasih sayang seorang ibu pada anak..

Kalau betul sayang anak, tengok anak teruk kena belasah takkan tak ada rasa marah dan nak mempertahankan anak sendiri.. Sorang wanita dan juga sorang ibu pada kanak-kanak berusia lapan tahun, hanya mampu tengok saja apabila anaknya dipukul dengan teruk oleh teman lelaki beliau..

Wanita tu rasa tindakan teman lelaki pukul anaknya dengan pembaris kayu hampir seratus kali di bahagian badan anaknya sekadar untuk mengajar.. Meh ni Miss A nak jumpa mak budak ni, Miss A pun rasa nak ‘mengajar’ si mak budak ni dengan kayu besbol..

Tak ada orang akan marah rasanya kalau Miss A belasah wanita ni sebab nak ‘mengajar’ dia? Terencat akal mungkin wanita ni sebab boleh merasakan tindakan teman lelaki belasah anak kandungnya itu, sebagai satu tindakan memberi pengajaran..

Disebabkan dipukul teruk oleh teman lelaki ibunya itu, budak tersebut telah mengalami lebam di kedua-dua belah tangan, dada dan belakang badan.. Teman lelaki ibunya dah pun ditahan polis..

Sepatutnya ibu pada budak ni pun dimasukkan ke dalam lokap sekali.. Boleh tengok saja anak didera teman lelaki, si ibu dah macam bersubahat melakukan penderaan ja Miss A rasa.. – MissA/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s