Drama Lakonan Lee Min Ho Mendapat Sambutan Hangat Sebelum Ditayangkan

Nama pelakon dari Korea Selatan, iaitu Lee Min Ho tak perlu lah Miss perkenalkan lagi.. Pelakon kacak ni dah menjadi pujaan hati ramai terutama dikalangan peminat wanita.. Sebelum ni nama Lee Min Ho hangat diperkatakan bila dikatakan ingin berkahwin dengan kekasihnya, Suzy..

Terbaru, namanya kembali hangat diperkatakan bila drama terbarunya yang bertajuk ‘Legend Of The Blue Sea’ telah mendapat sambutan hangat sebelum ditayangkan.. Whooaa.. Hebat betul penangan pelakon kacak ni yer!

Lebih-lebih lagi Lee Min Ho digandingkan dengan pelakon popular Jun Ji Hyun.. Miss dengar drama terbarunya tu masih lagi dalam proses penggambaran.. Tapi trailer drama tersebut yang ditayangkan telah menarik perhatian ramai..

Lee Min-ho memainkan dua karakter dalam drama ‘Legend of The Blue Sea’.. Watak pertama adalah Kim Moo, seorang putera bangsawan di Era Joseon.. Watak keduanya sebagai Heo Joon Jae, seorang penipu yang genius.. Heroinnya, Ji Hyun sebagai puteri duyung terakhir di dunia, yang berabad-abad mencari cinta.

Miss dengar ramai yang excited nak menonton drama ni.. Drama ‘Legend Of The Blue Sea’ ni pasti akan menarik perhatian ramai seperti mana drama Lee Min Ho sebelum ni iaitu ‘The Heirs’ yang pernah menjadi fenomena.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s