Wanita Tuntut Balik Duit Derma Selepas Anak Penerima Derma Sudah Meninggal Dunia

derma

Amalan bersedekah atau menderma pada individu yang memerlukan adalah satu amalan yang mulia.. Tak kisah sikit atau banyak jumlah yang kita dermakan, asalkan kita memberi dengan ikhlas..

Kalau sanggup dermakan duit yang banyak, tapi hati tak ikhlas itu yang jadi macam wanita ni.. Mungkin nak menderma atas dasar ‘menunjuk’, bila dah derma minta balik duit..

Wanita ni dengan rasa tak malu boleh minta balik duit derma yang pernah diberikannya dulu.. Ingat derma ni macam ‘pinjam duit’ ke kak oit? Kalau orang tu pinjam duit ko, boleh la nak minta balik..

Masalahnya ko sendiri pun tahu ko dah derma duit tu, boleh pulak ko nak minta balik.. Wanita tu minta balik duit derma selepas mendapat tahu yang anak kepada orang yang dah wanita tu dermakan sudah meninggal dunia..

Tak kisah la anak tu dah meninggal dunia ataupun masih hidup, kalau dah nama pun derma tak ada istilah nak minta balik bagai..

Paling mengejutkan wanita itu siap bagi ugutan pada individu yang dah dia dermakan duit itu.. Wanita itu kata, dia tak akan halalkan walau satu sen duit yang dah didermakan kalau duit tu tak dipulangkan..

Tak semestinya budak tu dah meninggal, duit yang dah didermakan tu belum digunakan lagi.. Mana tahu waris budak tu dah guna duit yang didermakan untuk buat batu nisan atau kenduri arwah..

Kalau rasa diri tu tak ikhlas nak derma lebih baik tak payah nak derma.. Orang lain derma dia ppun sibuk nak derma, tapi pengetahuan pasal agama langsung tak tahu.. Derma la duit banyak mana pun kalau tak ikhlas, tak akan dapat ganjaran pahala.. – MissA/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s