Tan Cheng Hoe Bakal Ambil Alih Pasukan Malaysia Dari Ong Kim Swee Selepas Piala Suzuki AFF 2016

4a-copy

Jurulatih Pasukan Bola Sepak Kedah, Tan Cheng Hoe bukan sahaja berjaya membawa skuad Kedah yang dahulunya masih lagi merangkak dari bawah sehingga berjaya memasuki Piala Malaysia.

Malah hasil sentuhan Cheng Hoe, skuad Hijau Kuning itu berjaya mengungguli gelaran juara dalam perlawanan akhir Piala Malaysia baru-baru ini.

Persembahan dan prestasi cemerlang Cheng Hoe dilihat lebih gah dan membanggakan dari jurulatih pasukan Malaysia, Ong Kim Swee. Kalau sebelum ni Cheng Hoe kena kutuk dengan penyokong Hijau Kuning kerana percaturannya yang dikatakan salah.

Tetapi kali ini Cheng Hoe berjaya buktikan bahawa percaturannya selama ini tidak salah… Tetapi hanya perlu digilap berdasarkan persembahan barisan anak muda Kedah. Dengar kata selepas Piala Suzuki AFF 2016 yang bakal bermula 19 November ini.

Tan Cheng Hoe bakal menggantikan Ong Kim Swee selaku jurulatih pasukan Harimau Malaya… Perhhhhh, hebat betul! Terus dapat ganti Kim Swee… Tapi elok sangat la sebab sentuhan Kim Swee selama ini langsung tak menjadi.

Pasukan Malaysia mengalami kekalahan yang teruk… Bukan sahaja teruk, malah sangat-sangat memalukan! Dengan pasukan negara yang lemah pun kena belasah… Apa nak jadi dengan pasukan Malaysia ni??

Lembik macam dengan sayur dah Gomez tengok! Apa yang menjadikan pasukan Malaysia ni lemah adalah Kim Swee ni langsung tak berkaliber… Tak macam persembahan cemerlang yang dipamerkan Tan Cheng Hoe.

Ong Kim Swee ni teruk sebab dia suka pilih pemain dan kesebelasan utama pemain ikut suka hati dia je… Pendek kata pilih kasih… Mana pemain yang dia suka, itu yang akan diturunkannya. Kim Swee tak pilih pemain Malaysia berdasarkan persembahan mereka.

Kim Swee hanya pilih pemain kesayangan je untuk turun bermain bukannya pilih berdasarkan prestasi. Contoh macam Kim Swee pilih pemain Johor Darul Takzim (JDT), Fadhli Shas yang langsung tak termasuk dalam pasukan utama JDT tapi dapat bermain dalam skuad Malaysia.

Yang tak layak pulak dipilih Kim Swee… Yang layak?? Buat panas bangku simpanan je! Jadi kalau Kim Swee ni tak mampu nak bawak balik piala… Maka Tan Cheng Hoe rasanya yang layak untuk menggantikannya sebagai jurulatin pasukan Malaysia. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s