Srikandi PPBM Ramal Keputusan PRU14 Akan Sama Macam Pilihan Raya AS

srikandi-ppbm-1

Pilihan raya Amerika Syarikat telah berlangsung semalam dan memberi tuah kejayaan kepada Donald Trump, yang lebih dikenali sebagai taikun perniagaan bukannya seorang ahli politik. Menerusi kejayaan Trump tersebut, Ketua Srikandi PPBM Anina Saadudin meramalkan keputusan PRU14 juga akan menjadi seperti keputusan pilihan raya AS.

Kononnya sejak dari PRU13 lagi rakyat telah memberi sokongan terhadap pembangkang, sebab tu PRU14 nanti Anina meramalkan rakyat tidak akan memilih pemimpin berlatar belakangkan ahli politik, sebaliknya akan memilih calon daripada parti pembangkang yang terdiri daripada muka-muka baru serta bernafas segar.

Kenyataan Anina ini sama sekali tidak menggambarkan barisan pemimpin PPBM. Hal ini kerana pemimpin yang ada dalam parti bunga itu hanya individu yang telah busuk dan dibuang daripada UMNO. Apa yang ada di dalam parti bunga cuma orang-orang lama yang sepatutnya pencen daripada bidang politik.

Mana buktinya pembangkang membawa muka-muka baru yang berjuang untuk rakyat?? Rasanya yang ada sekarang ini, semua golongan yang kemarukkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tiada pula muka-muka baru yang bukan daripada kalangan ahli politik seperti yang dinyatakan Srikandi PPBM. Mungkin muka baru yang dimaksudkan adalah budak mentah dalam politik, seperti Syed Saddiq.

Rakyat akan lebih muak sekiranya melihat barisan pemimpin yang ada dalam PPBM hari ini. Masyarakat juga tahu bahawa parti bunga merupakan parti orang-orang kecewa. Macam mana pula Anina boleh cakap PPBM akan menampilkan muka baru secara meluas pada PRU14 nanti, serta ingin membentuk satu ombak baru yang besar seperti pilihan raya AS jika mereka masih menerima cadangan dan buah fikiran mantan Perdana Menteri.

Cadangan serta agenda parti bunga juga di katakan mengikut telunjuk Tun Mahathir kerana beliau membawa agenda peribadi untuk menggulingkan DS Najib Razak. Sekiranya ada calon muka baru, mereka tetap mengikut telunjuk orang-orang veteran yang ada di dalam parti. Jadi tidak ada inisiatif segar untuk rakyat mengundi mereka seperti angan-angan Anina.

Parti pembangkang yang lain seperti DAP juga masih berada di bawah telunjuk pemimpin lama. Bukan saja parti mereka tetapi DAP turut memonopoli pemikiran rakan pembangkang di dalam Pakatan Harapan. Muka-muka calon pilihan raya pembangkang juga dilihat tidak berubah, serta sikap menindas rakyat juga masih sama.

Tanda-tanda rakyat menolak kerajaan dan memilih pembangkang tidak boleh diramalkan terlalu awal kerana hari ini, pembangkang masih belum dapat menyelesaikan masalah dalaman mereka. Kononnya mahu menubuhkan pakatan supaya pembangkang bersatu. Namun ianya masih gagal kerana masing-masing mahu menunjukkan ego serta sikap gilakan kuasa. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s