RUU 355: Tidak Timbul Isu UMNO Masuk Perangkap PAS Atau PAS Masuk Perangkap UMNO

ruu-355

Menaik taraf hukum mahkamah syariah sudah berlaku sebelum ini, isu UMNO masuk perangkap PAS ataupun PAS masuk perangkap UMNO tidak perlu timbul. Tiada siapa perangkap siapa dalam pindaan Rang Undang-undang (RUU 355) kerana menurut DS Jamil Khir Baharom, isu ini pernah dibuat pada tahun 1984 dan kini ia kembali berulang.

Isu siapa perangkap siapa sama sekali tidak mempengaruhi perkara ini. Umum mengetahui, ramai mengaitkan usul RUU tersebut dengan hudud. Disebabkan usul tersebut dibentangkan oleh Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang, ada segelintir individu yang membayangkan isu tersebut adalah hudud.

Hal ini kerana Hadi memang terkenal sebagai individu yang mempromosikan hudud serta menyokong perlaksanaan tersebut selama ini. Jadi, ramai pihak terkeliru dan menimbulkan pelbagai spekulasi, walaupun ianya hanya undang-undang persendirian yang dibawa oleh ahli parlimen.

Sebelum ini memang timbul isu perangkap kerana PAS seperti tidak yakin dengan kerajaan setelah usul tersebut berjaya dibentangkan. Ada pemimpin PAS mendakwa itu hanya agenda UMNO untuk perangkap PAS, kononnya UMNO sudah tidak relevan dan mahu mencari rakan sekutu. Hakikatnya wakil PAS lebih mudah untuk membentangkan usul tersebut berbanding wakil UMNO sebagai parti pemerintah.

Dalam kenyataan Jamil Khir tersebut, jelas tiada sesiapa perangkap siapa dalam hal ini. Sepatutnya umat Islam perlu berganding bahu menangkis serangan seperti agenda LGBT, gay dan liberalisme yang sedang berlindung di sebalik kebebasan bersuara.

Justeru umat Islam harus sentiasa sedar dan tidak hanya tahu berpolitik kerana serangan seperti itu akan menghancurkan perpaduan serta ukhwah yang telah terbina selama ini. Walaupun mempunyai latar belakang politik yang berbeza, seluruh umat Islam perlu bergabung tenaga supaya berjaya menepis serangan akan datang. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s