Mat Sabu Puas Hati Bila Rakyat Meroyan Pasal Kenaikan Harga Minyak

2a-copy

Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu melahirkan rasa tersangat-sangat berpuas hati, tatkala melihat rakyat meroyan setengah mati apabila mendengar khabar berita mengenai kenaikan harga minyak di Malaysia.

Ditambah pula bila dapat tahu harga bagi minyak petrol juga mengalami kenaikkan… Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan nama ‘manja’ Mat Sabu, sangat-sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah memenuhi ‘nafsu’ hatinya untuk melihat rakyat meroyan.

Bagi dirinya bila rakyat meroyan pasal kenaikan harga minyak masak… Ini bermakna rakyat ‘prihatin’ dan begitu sensitif dengan pengumuman kenaikan harga bahan api dan minyak masak tersebut. Namun begitu, ada beberapa perkara yang Mat Sabu tak puas hati.

Katanya dia sedih dan kecewa bila rakyat langsung tak ambil kisah dan tidak ambil peduli mengenai isi ‘penyelewengan dan salah guna kuasa’ serta ‘skandal’ 1 Malaysian Development Berhad (1MDB) yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ujar Mat Sabu, orang Melayu Bumiputera langsung tak sensitif mengenai ‘kecurian’ khazanah negara yang bernilai berbilion ringgit tersebut. Rakyat tak ambil kisah pun pasal pelakon filem terkenal Leonardo Di Caprio yang sanggup ‘pulangkan’ wang upah lakonan beliau yang dikatakan kononnya datang dari sumber wang haram dari Malaysia.

Mat Sabu hairan, kenapa rakyat Malaysia hanya meroyan pasal kenaikkan harga bahan api dan minyak masak sahaja… Tetapi membisu mengenai skandal dan isu 1MDB. Haha! Gomez hairan.. Dah setahun rakyat meroyan pasal 1MDB.

Apa setahun tidak cukup bagi memuaskan hati Mat Sabu?? Dia nak berapa tahun rakyat meroyan pasal 1MDB?? Adakah selama-lamanya seperti yang dilakukan pembangkang sekarang ni… Yang tak habis-habis nak menyalak pasal 1MDB?? – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s