Mat Don Tolak Tawaran Persatuan Bola Sepak Kedah Kerana Felda United

3a-copy

Pemain import kesayangan negeri Jelapang Padi, Liridon Krasniqi yang sering disebut-sebut oleh peminat bola sepak negeri Kedah dikhabarkan telah menolak tawaran pihak Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Kelibat Liridon atau nama timbangannya yang diberikan oleh rakyat Kedah, ‘Mat Don’… Tidak lagi kelihatan pada musim hadapan kerana dikatakan tidak lagi akan beraksi bersama skuad Hijau Kuning. Menurut sumber dalaman KFA, Mat Don tidak lagi akan beraksi pada musim hadapan bersama barisan pemain muda Kedah.

Dengar-dengar cerita, punca Mat Don mahu berhijrah ke pasukan lain adalah disebabkan beliau mendapat tawaran gaji yang lebih lumayan berbanding gaji yang diberikan pihak KFA. Perhhhhhh, maknanya lepas ni takde lagi dah orang Kedah dapat lihat persembahan terbaik dan skill-skill hebat Mat Don bersama Kedah.

Malah menurut sumber dalaman KFA tersebut… Mat Don dikatakan bakal berhijrah ke kelab Felda United. Fuhhhhh, agaknya berapa yer gaji yang dorang bakal bagi pada Mat Don??

Entah-entah RM5 juta macam khabar angin harga bagi pemain yang baru meningkat naik, iaitu Rizal Ghazali… Rizal Ghazali menjadi hero skuad Hijau Kuning sehingga mampu memberi kejuaraan pada pasukan tersebut pada perlawanan akhir Piala Malaysia tempoh hari.

Pasti seluruh rakyat Kedah dan pemyokong tegar skuad Hijau Kuning berduka cita dengan berita ini… Lepas ni takde lagi dah Mat Don… Sebab Mat Don bakal berpindah ke Felda United.. – TiraGomez/UtaraNews

One thought on “Mat Don Tolak Tawaran Persatuan Bola Sepak Kedah Kerana Felda United

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s