Maria Ozawa Tinggalkan Dunia Pornografi

Siapa yang tak kenal dengan pelakon porno popular, Maria Ozawa ni kan.. Pelakon ni bukan setakat dikenali di Jepun jer, malah dikenali di serata dunia.. Miss dengar baru-baru ni Maria dikatakan dah tak nak jadi pelakon lucah.. Whoaa.. Dah insaf lah ni?? Bagus sangat lah tu noh!

Tapi pelakon ni tak beritahu pulak sebab dia mahu berhenti dari berlakon filem lucah.. Ramai peminat Maria yang tertanya-tanya, kenapa dia nak meninggalkan dunia pornografi di Jepun..

Maklumlah Maria kan dah mempunyai ramai peminat tersendiri.. Miss dengar Maria memberi alasan dia berhenti nak jadi pelakon lucah kerana ingin bekerja pekerjaan yang dia impikan didalam industri perfileman.. Semua itu tidak dapat dia lakukan jika Maria terus berkerja didalam industri filem porno..

Mungkin Maria nak jadi pelakon ‘normal’ tanpa beraksi ranjang sepanjang masa seperti yang dilakukannya sebelum ni kot.. Kalau u’olls nak tahu, Maria bukan setakat meninggalkan dunia lucahnya di Jepun jer, malah meninggalkan negara matahari terbit tu dan berpindah ke Filipina untuk memulakan kehidupan baru..

Miss tengok Maria memang betul-betul nak berubah.. Gambar-gambar yang dimuat naik di akaun Instagramnya pun dah tak ada gambar yang melambangkan dia sebagai pelakon lucah lagi.. Bagus lah! Lagipun Maria berkecimpung dalam dunia pornografi tu dah terlalu lama sangat.. Maria pun bukannya muda lagi, dah masuk 30-an pun.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s