Mahfuz Gesa PPBM Jadi Parti Komponen Pakatan Harapan

mahfuz-gesa

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa parti PPBM bersekutu bersama Pakatan Harapan menjelang Konvensyen pakatan itu nanti. Gesaan ini seolah-olah mahu menutup pintu rundingan yang dilakukan PAS bersama PPBM kerana selaku ahli parlimen PAS, beliau harus menentang kerjasama bersama DAP tetapi pendirian Mahfuz ternyata berbeza dengan parti Islam tersebut.

Sebelum ini juga Mahfuz dilihat selesa memberi ceramah bersama DAP dan PAN. Sehinggakan beliau dilabel sebagai ‘harum manis’, yang membawa maksud di luar mewakili PAS tetapi di dalam memberi sokongan kepada parti serpihan. Boleh jadi disebabkan jawatan, Mahfuz tidak mengisytiharkan keluar parti walaupun tindakan beliau selama ini sangat bercanggah dengan PAS.

Menurut Mahfuz PRU14 akan datang perlu memperlihatkan komitmen semua pihak bagi membentuk ‘Malaysia baru’ tanpa kuasa politik UMNO/BN. Oleh itu, PPBM perlu menjadi sebahagian daripada parti-parti pembangkang untuk mewujudkan gabungan baru yang diyakini mampu memberi harapan baru kepada rakyat.

Kenyataan tersebut telah dimuat naik di laman facebook beliau baru-baru ini. Mahfuz juga mahukan pakatan pembangkang bersatu dan kuat memainkan peranan untuk mengekang salah tadbir serta kepincangan pentadbiran BN.

Dakwaan yang tidak berasas ini sepatutnya ditujukan khas buat pakatan harapan yang tidak tahu menguruskan negeri masing-masing. Bukannya menuduh kerajaan BN yang telah banyak membantu rakyat tidak kira warna kulit dan agama. Hari ini Mahfuz pula mahu memuji parti serpihan UMNO yang memang tidak layak mentadbir kerajaan kerana perjuangan mereka hanya berunsurkan dendam semata-mata.

Gesaan Mahfuz ini juga tidak akan memberi apa-apa impak kepada UMNO/BN. Belum tentu PPBM akan bersetuju untuk berada di bawah telunjuk DAP seperti parti-parti pembangkang yang lain. Perebutan kuasa sudah pasti berlaku kerana masing-masing mempunyai agenda parti tersendiri.

Angan-angan Mahfuz membina kekuatan bersama pakatan harapan ini perlu meminta kelulusan daripada PAS. Beliau dilihat sudah lupa diri sehingga membelakangkan parti semata-mata ingin mengejar populariti bersama rakan pembangkang yang lain menerusi pakatan baru menjelang PRU14. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s