Lagu Syamel AF ‘Hidup Dalam Mati’ Ciplak Lagu Ayai Ilusi

Apa cer ni?? Main ciplak-ciplak lagu pulak.. Nama penyanyi Syamel AF menjadi bualan hangat selepas penyanyi Ayai (Ilusi) tampil mendedahkan melodi lagu ‘Hidup Dalam Mati’ nyanyian Syamel merupakan karya beliau yang telah diciplak oleh penyanyi tersebut..

Haishh.. Baru menapak dalam industri muzik, dah pandai ciplak hasil karya orang lain yer Syamel! Lagu Syamel yang dimuat naik di YouTube pun Miss tengok dah mencecah 11 juta tontonan.. Miss tak menafikan yang lagu tu memang ‘best’ dan sering dimainkan di corong-corong radio..

Tapi Miss dengar lagu berkenaan sebenarnya dihasilkan oleh Ayai untuk finalis Kilauan Emas musim ke-3, iaitu Idris yang berjudul ‘Ku Kejar Bayang Mu’.. Ayai menyedari hasilnya diciplak selepas konsert akhir Akademi Fantasia 2015 bila diberitahu Idris sendiri..

Ayai mengatakan lagu nyanyian Syamel ‘Hidup Dalam Mati’ mempunyai melodi yang sama dengan lagu ciptaan dia, cuma ditukar lirik dan dimodenkan jer.. Apa yang buat Ayai kesal sangat tu, bila tak ada seorang daripada pihak Syamel memaklumkan perkara tersebut kepadanya..

Lebih-lebih lagi bila Syamel dengan muka temboknya tanpa segan silu mengaku lagu tu adalah karya ciptaannya sendiri.. Walaupun Ayai mengetahui perkara ni dah lama, tapi dia sengaja mendiamkan diri sebab nak tengok sejauh mana pihak-pihak yang terlibat nak mengaku ianya hasil karya dorang..

Ayai dikira baik hati lah kerana tak nak karier Syamel musnah disebabkan pendedahannya mengenai perkara ni.. Tapi itu lah bila buat baik tak dihargai, terpaksa lah menuntut hak dirinya yang diambil orang lain..

Lagi satu, Miss dengar Ayai diminta mengulas tentang lagu ‘Hidup Dalam Mati’ yang dicalonkan dalam kategori Lagu Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik 22 (AIM 22), tertera namanya sebagai komposer bersama sedangkan selama ini semua pihak dimaklumkan karya berkenaan ialah milik Syamel.

Kalau u’olls nak tahu, perkara tu terbongkar selepas lagu tersebut menghadapi masalah untuk dipertandingkan di Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik 22 yang bakal berlangsung tak lama lagi.. Bila jadi macam tu, baru lah pihak DD Music Sdn Bhd milik Edry Abdul Halim terhegeh-hegeh menghubungi Ayai untuk melakukan rundingan..

Itu pun Miss dengar, pihak DD Music tak berbincang langsung dengan Ayai, sebaliknya terus menyediakan kontrak untuk mengagihkan royalti sebanyak 50 peratus kepada Ayai tanpa apa-apa persetujuan yang dicapai.. Senang betul dorang buat kerja noh!

Dah lah ciplak hasil orang lain, lepas tu buat keputusan sendiri jer.. Apa yang lagi biadap bila Ayai mengatakan tak ada seorang pun termasuk Syamel sendiri, tampil untuk meminta maaf atas perkara yang berlaku.. Gara-gara isu panas ni jugak, Syamel digelar sebagai kaki ciplak seperti sifunya, Edry Abdul Halim!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s