Ladang Babi Lebih Penting Daripada Nasib Yang Menimpa Rakyat Selangor

9a-copy

Jelas bahawa masalah rakyat dan krisis air yang menimpa rakyat Selangor pada tahun ini, langsung tidak dihiraukan oleh pemimpin dan kerajaan negeri Selangor. Bahkan lebih teruk lagi apabila ladang babi lebih penting daripada nasib yang menimpa rakyat Selangor.

Ahli Parlimen Abdullah Sani Abdul Hamid, menjelaskan bahawa mereka langsung tidak tahu mengenai 101 ladang babi yang diusahakan secara haram di Selangor. Apa yang dorang tahu hanyalah 132 ladang babi beroperasi di Kuala Langat… Tapi langsung tak tahu bahawa hanya 31 ladang babi sahaja yang beroperasi dan berlesen.

Nampak sangat yang kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) langsung tak buat kerja mereka… Bukan sahaja tidak ambil peduli mengenai derita rakyat. Tetapi tindakan mereka yang tidak ambil kisah mengenai ladang babi tanpa lesen itu menunjukkan bahawa mereka membenarkan kegiatan haram itu dilakukan.

Nampak sangat babi lagi penting dari nasib rakyat Selangor… Alasan tak tahu tu langsung tak boleh diterima. Kalau satu dua je yang takde lesen boleh diterima, tapi ni lebih 100 ladang babi takde lesen, apehal??

Alasan Abdullah Sani ni bagi, katanya dia tak tahu sebab penduduk tak pernah melaporkan mengenai masalah pencemaran yang berjangkit kepadanya. Eshhh, rasa Gomez dah banyak kali masuk televisyen pasal ladang babi takde lesen ni. Tapi wakil rakyat Selangor nampaknya telah ‘dibabikan’ oleh pengurus ladang babi tersebut.

Sampai nak kena bagi tahu baru dorang nak tahu katanya… Habis selama ni makan gaji buta ke? Langsung tak turun pantau rakyat sendiri ke? Sedangkan disebabkan oleh 127 daripada ladang babi tersebut telah menyebabkan pencemaran bau, tanah dan sungai di Kampung Batu Laut, Sepang.

Tapi boleh pulak wakil rakyat PKR ni bagi alasan dia tak tahu apa-apa… Amboi, senangnya nak lepaskan diri ye. Dah la krisis air tak selesai-selesai… Lebih teruk lagi apabila babi ditatang lebih daripada rakyat sendiri. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s