Guan Eng Digesa Tolak Semua Peruntukan Untuk P.Pinang Sebab DAP Tolak Bajet 2017

5-copy

Lim Guan Eng digesa menolak semua peruntukan yang dberikan kepada negeri P.Pinang jika beliau benar-benar ‘gentleman’ dan juga seorang yang mempunyai integriti.

Menurut AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim, Guan Eng dan DAP patut menolak semua peruntukan berkenaan kerana mereka bertindak menolak Bajet 2017 yang diluluskan di Parlimen.

Perkataan ‘tolak’ didalam Kamus Dewan ialah bermakna tidak menerima. Ia juga membawa maksud seseorang itu tidak menerima apa jua pemberian dari orang lain.

Jadi sangat wajar Guan Eng serta kerajaan DAP P.Pinang menolak semua pemberian kerajaan Pusat kepada negeri berkenaan bagi menunjukkan keteguhan prinsip mereka.

Sebelum ini semua pemimpin pembangkang, khususnya DAP bertindak keluar dewan sewaktu Perdana Menteri membentangkan perbelanjaan bagi tahun 2017.

Dan kemudiannya, hampir kesemua pemimpin pembangkang mengundi untuk tidak bersetuju dengan Bajet 2017 tersebut yang dikatakan tidak adil pada rakyat.

Oleh yang demikian, seharusnya kerajaan negeri yang ditadbir oleh pembangkang menolak sebarang peruntukan dari kerajaan Pusat sekiranya ia berkaitan dengan Bajet 2017.

Dengan itu barulah semua penyokong pakatan dan juga para pemuja mereka akan nampak betapa tegasnya pemimpin pembangkang didalam menjuarai apa saja yang mereka fikirkan tidak adil di Parlimen.

Sekiranya Lim Guan Eng dan Kerajaan DAP di P.Pinang menerima juga peruntukan Bajet 2017 yang diperuntukan oleh kerajaan Pusat, ia bermakna mereka hanya bercakap tak serupa bikin.

Dan terbuktilah bahawa semua perangai ‘sarkis’ yang mereka tunjukkan di Parlimen sebelum ini hanyalah merupakan wayang politik untuk menipu rakyat sahaja!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s