Drama Politik!! Wan Azizah Kini ‘Tidur Sebantal’ Dengan Mahathir

7a-copy

Pembangkang memang suka main wayang… Berdrama je kejanya!! Drama politik la katakan!! Dulu benci sekarang sayang!! Dulu ‘tidur luar’ tapi sekarang ni ‘tidur sebantal’… Apa yang Gomez maksudkan adalah, hubungan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Bekas Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang tu dahulunya bermusuh-musuhan tapi sekarang ni ‘bersayang-sayang’, walau hati tak berapa nak merelakan. Sejak 18 tahun lalu… Ini kali pertama Mahathir duduk sepentas, malah sebelah Wan Azizah.

Mungkin juga kerana mereka kini sudah berbaik-baik… sebelum ni bukan main lagi Wan Azizah dan anak beranak tak mahu berjumpa dengan Mahathir… Nak tengok muka pun tak nak, tambah lagi nak duduk sebelah!

Tapi kali ni bukan setakat mampu tengok muka… Tapi Wan Azizah sudah mampu untuk ‘tidur sekatil dan sebantal’ dengan Mahathir. Kenapa begitu senangnya Wan Azizah sanggup memaafkan kekejaman yang dilakukan Mahathir terhadap suami tercintanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu?

Adakah kerana permintaan suaminya?? Atau pembangkang mempunyai agenda tersendiri? Mahathir bukan sahaja sanggup duduk sepentas dengan Wan Azizah… Malah orang tua terdesak itu turut sanggup ‘menjilat’ semula Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang dahulunya dicaci maki dan digelar rasis.

Mahathir sangat-sangat terdesak sehingga sanggup mencari semula musuh-musuhnya demi melangsungkan niat dan dendam kesumatnya. Sungguh memalukan! Mahathir berlakon seperti orang tidak bersalah.

Malah bergaul pula dengan orang yang pernah dia lakukan kekejaman dan penindasan… Berkawan dengan musuh sendiri… Bergelak ketawa dengan orang yang pernah dihina dan dikejinya.

Perhhhh, manusia jenis apa Mahathir ni? Drama politik betul! Wan Azizah pula kini dah tak kisah lagi dengan segala kejahatan yang pernah dilakukan Mahathir terhadapnya. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s