CL 2NE1 Mohon Maaf Berhubung Kontroversi Lagu ‘MTBD’

e

2s

Baru-baru ni penyanyi dari Korea, iaitu CL dari kumpulan 2NE1 telah mencetuskan kemarahan umat Islam apabila membuat persembahan di Los Angeles dengan lagu solonya MTBD, yang pernah mencetuskan kontroversi panas kerana latar belakang bunyi lagu tu dikatakan agak sama seperti bacaan Al-Quran..

Selepas kontroversi panas ni menjadi bualan hangat dan CL dikecam hebat, akhirnya CL tampil memberi respon dengan memuat naik tweet meminta maaf secara terbuka di akaun Twitternya.. U’olls baca jer lah tweet dia tu..

CL meminta maaf kepada semua orang yang tersinggung.. Al-kisah disebalik CL menyanyikan lagu tu, macam ni sebenarnya.. CL memberitahu, staf dia telah mengirimkan versi lama MTBD untuk konsertnya yang berlangsung di Los Angeles tu..

Kononnya dia tak sedar dan tak ada niat nak menggunakan versi lama lagu itu.. Untuk mengelak insiden macam ni dari berulang lagi pada masa akan datang.. Miss dengar CL dah meminta pihaknya menghapuskan versi asal MTBD..

CL akan membuktikan yang dia tak akan menggunakan lagu versi lama tersebut untuk konsert dia yang seterusnya di Dallas nanti.. CL akan menyanyikan lagu MTBD dalam versi baru.. Itu lah, lain kali pastikan lagu yang dinyanyikan tu tak mencetuskan kontroversi panas macam ni lagi..

Lagipun versi lama lagu tu dah lama diperkatakan, sepatutnya CL dan pihaknya dah memghapuskannya awal-awal lagi.. Tak ada lah dikecam sekali lagi gara-gara sebab yang sama!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s