Caj Jalanraya Akan Dikenakan Juga Di P.Pinang?

3-copy

Selepas Johor mengenakan caj jalanraya di negeri berkenaan kepada kenderaan milik warga asing khususnya warga Singapura, ada ura-ura caj yang sama bakal dikenakan di Pulau Pinang.

Ia berkemungkinan akan dilaksanakan bagi mengatasi kesesakan jalan yang semakin buruk, khususnya dikawasan Pulau dan juga pusat bandar Georgetown.

Caj Jalanraya mungkin merupakan solusi terbaik yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan DAP negeri bagi mengatasi kebanjiran kenderaan berpendaftaran luar seperti Kedah serta Wilayah Persekutuan.

Hasil tinjauan mendapati, kenderaan berpendaftaran luar sering memenuhi kawasan Pulau pada hujung minggu terutama di kawasan-kawasan tumpuan pelancong seperti pusat membeli-belah dan juga kawasan pantai.

Selain itu, kesesakan traffik diwaktu puncak iaitu selepas pukul 3 petang banyak disumbangkan oleh kenderaan luar yang digunakan oleh individu yang berkerja di negeri ini.

Oleh yang demikian, caj jalanraya disifatkan sebagai satu penyelesaian munasabah untuk mengurangkan kesesakan lalulintas selain dari menambah pendapatan kerajaan DAP negeri.

Mungkin sebagai permulaan, caj sebanyak RM 10 boleh dikenakan untuk sekali kemasukan. Jumlah berkenaan tidak membebankan sangat jika dibandingkan dengan apa yang diperolehi oleh individu luar yang berkerja di negeri ini.

Sejak beberapa dekad lalu, caj jalanraya telah diperkenalkan di Singapura bagi mengawal jumlah kemasukan kenderaan dari Malaysia ke negara tersebut.

Ianya terbukti berkesan apabila ramai dikalangan warganegara Malaysia lebih memilih untuk menaiki pengangkutan awam berbanding membawa kenderaan sendiri memasuki negara berkenaan.

Jadi tak salah rasanya jika kerajaan DAP P.Pinang ingin mengikuti langkah tersebut. Lagipun kerajaan DAP P.Pinang sudah mempunyai hubungan yang rapat dengan Singapura, memandangkan mereka dari keturunan parti yang sama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s