Cadangan DAP Untuk Bekalkan Senjata Pada Rakyat Sabah Tidak Masuk Akal

cadangan-dap-1

Ahli Dewan Rakyat DAP Sri Tanjong, Chan Foong Hin mencadangkan agar kerajaan membekalkan senjata kepada rakyat Sabah untuk membendung dan menyelesaikan isu keselamatan di kawasan perairan pantai negeri tersebut. Cadangan ahli parlimen DAP itu disifatkan sebagai tidak masul akal.

Agaknya DAP mahu rakyat berperang dan membahayakan nyawa mereka untuk menentang pengganas, sedangkan kerajaan telah membelanjakan peruntukan berbilion ringgit kepada skuad penyelamat seperti polis dan tentera. Wakil DAP dilihat sudah ketandusan idea untuk menggambarkan kepincangan kerajaan bagi menyelesaikan isu ini.

Cadangan Chan Foong turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin. Beliau menyelar kenyataan wakil DAP itu kerana beliau di katakan mencari publisiti murahan dan tidak memahami sensitiviti rakyat Sabah. Menurut Bung lagi, cadangan membekalkan senjata pada rakyat Sabah bukanlah satu perkara yang kelakar.

Nampaknya wakil DAP memang tidak sensitif terhadap rakyat. Mereka seolah-olah tidak kisah mengenai keselamatan rakyat sekiranya mereka dibekalkan dengan senjata. DAP hanya mahu menyelesaikan sesuatu perkara dengan mudah tanpa mengkaji perkara tersebut baik ataupun tidak.

Sikap lepas tangan DAP memang tidak layak sekiranya mereka dijadikan pemimpin. Sepatutnya rakyat memerlukan jagaan keselamatan daripada pihak kerajaan melalui sistem keselamatan yang ada. Selain itu, Foong juga mahu kerajaan membubarkan pengawalan di kawasan keselamatan khas pantai timur Sabah (Esscom) kerana dikatakan gagal melindungi rakyat Sabah.

Sekiranya kerajaan membubarkan kawalan keselamatan ini, rakyat Sabah lebih terdedah kepada ancaman anasir luar yang akan membahayakan nyawa penduduk. Wakil DAP bukan saja mengemukakan cadangan yang tidak boleh diterima akal, tetapi beliau menghina agensi kerajaan yang telah menjalankan tanggungjawab dengan baik dan berkesan di kawasan itu.

Adun DAP tersebut perlu dikenakan tindakan tegas kerana tidak menjaga sensitiviti rakyat Sabah. Beliau juga perlu menarik balik kenyataan dan tuduhan palsu mengenai Esscom kerana mereka telah berjaya menjaga keselamatan rakyat Sabah daripada kes penculikan yang terjadi selama ini. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s