Tun Mahathir Sebijik Macam Donald Trump!

5a-copy

Gomez berharap dan berdoa sangat agar tingkah laku bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan perangainya tidak tumpah seperti Presiden Amerika Syarikat yang ke-45, iaitu Donald Trump.

Namun dalam pemerhatian Gomez tindakan yang dilakukan Tun Mahathir tu ada nampak macam Donald Trump sikit-sikit… Yela, jika dilihat sejak kebelakangan ni kerap sangat Tun Mahathir menentang kerajaan… Langsung tak tumpah macam ahli politik republik di AS itu.

Tambah menggusarkan apabila Tun Mahathir datang ke Parlimen sambil ditemani pihak pembangkang… Jelas tindakannya tu sekadar satu drama cinta petang-petang bagi menarik perhatian rakyat dan juga media. Usahanya itu sekadar mahu rakyat mengingatinya.

Kenapa Gomez cakap Tun Mahathir ni macam Donald Trump?? Korang ingat lagi zaman pemerintahannya dan akta Rahsia Rasmi (OSA)… Sesiapa sahaja yang keluarkan kenyataan menghina atau menyekutukan Tun Mahathir… Pastinya dorang akan dipenjarakan.

Bukan setakat menteri-menteri je yang tak boleh keluarkan kenyataan menentang Tun Mahathir… Tetapi pihak media juga turut terkena tempias… Kalau dorang keluarkan berita buruk pasal Tun Mahathir, sekali dengan dorang kena penjara.

Tun Mahathir sebijik macam Donald Trump kerana dia dan pembangkang hanya mengiktiraf dan bersetuju dengan sesuatu perkara hanya jika dorang menang pilihanraya… Tapi kalau dorang kalah. Habis semua dorang sifatkan sebagai penipu. Sebijik kan macam Donald Trump?!

Jelas Tun Mahathir mempunyai pemikiran yang sama dengan Donald Trump… Pemimpin macam ni ke yang wajar kita sanjungi?? Terang-terang nampak bahawa tindakan Tun Mahathir ini salah dan patut dihentikan… Kita tak mahu Tun Mahathir jadi Donald Trump ke dua. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s