Projek ECRL Bukanlah Projek Termahal Di Dunia Seperti Dakwaan Pembangkang

projek-ecrl

Dalam ceramah Timbalan Presiden PPBM DS Mukhriz Mahathir di Kulim, Kedah. Beliau tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan membelanjakan RM55 billion untuk kos membiayai projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL). Kononnya pakar dalam bidang keretapi juga telah mendedahkan kos tersebut terlalu mahal.

Mukhriz juga menakutkan rakyat dengan menggunakan teori yang tidak masuk akal. Beliau mendakwa RM500 setiap penumpang sebanyak 14,000 sehari belum tentu mampu membayar kos hutang. Tidak termasuk kos bunga, kos penyelenggaraan dan lain-lain kos. Selain itu, beliau menggambarkan kebimbangan negara akan tergadai kepada China sekiranya hutang tersebut tidak mampu dibayar.

Tak mustahil rakyat akan percaya dengan apa yang dikatakan oleh Mukhriz dalam ceramahnya itu, kerana beliau sememangnya pakar dalam ramalan temberang. Pembangkang sepatutnya mengambil tahu projek berkenaan ECRL sebelum menfitnah dan menakutkan rakyat dengan mempolitikkan isu ini.

Tindakan pembangkang ini menunjukkan mereka kurang bijak dan hanya tahu menyalahkan kerajaan sahaja, walaupun perkara tersebut baik kepada negara. Nampaknya Mukhriz memang menggunakan semua isu yang ada untuk memperlekehkan kerajaan BN bagi meraih undi rakyat, khususnya di Kedah.

Sehubungan itu, berkenaan isu harga pembinaan ECRL ini DS Abdul Rahman Dahlan telah menafikan kos RM55 billion adalah kos pembinaan termahal di dunia. Walaupun kos tersebut dilihat mahal, ia tidak bermakna projek itu adalah yang termahal didunia. Projek ini juga berjarak 688 kilometer dan bukan pembinaan landasan semata-mata, malah kos berkenaan termasuk pertambahan jarak.

Disebabkan pertambahan jarak, kos sebenarnya yang bernilai RM46 billion telah bertukar menjadi RM55 billion yang melibatkan Rangkaian dari Gombak ke Tumpat, Kelantan berjarak 600 kilometer. Pertambahan rangkaian dari Gombak ke Pelabuhan Klang punca tambahan RM9 bilion bagi projek tersebut.

Projek ini juga dikatakan akan dikuasai sepenuhnya oleh Malaysia. Jadi pemilikan sepenuhnya akan dikuasai oleh Malaysia dan tidak akan menjadi hak milik China seperti dakwaan pembangkang. Kos yang dilihat tinggi ini juga melibatkan pembinaan terowong sepanjang 50 kilometer merentasi banjaran Titiwangsa.

Ternyata kos yang dikeluarkan itu bukan saja untuk membina landasan tetapi termasuk semua infrastruktur dan kos kajian kejuruteraan. Pembangkang hanya memandang projek kerajaan daripada sudut negatif, sebaliknya pembinaan ini akan memberikan perubahan besar kepada pembangunan negara dan rakyat. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s