PAS Tawar Kerjasama Kepada Pembangkang Untuk Jatuhkan Kerajaan BN

pas-tawar

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin masih mahu merealisasikan impian satu lawan satu pada PRU14 nanti. Kononnya cara ini adalah pilihan terbaik untuk menewaskan kerajaan BN yang pengaruhnya semakin lemah. Rasanya pemimpin PAS masih belum sedar, strategi satu lawan satu memang tidak akan menjadi kenyataan sekiranya mereka menolak kerjasama bersama DAP dan PAN.

Walaupun PAS membuka pintu seluasnya kepada parti pembangkang lain, ia akan menjadi kekangan kepada mereka kerana PPBM dan PKR mempunyai hubungan baik bersama DAP. Manakala PAS masih berdendam dan tidak mahu mempunyai apa-apa hubungan dengan mereka.

Sikap terbuka PAS dilihat tidak membantu parti kerana perbincangan bersama PPBM belum tentu dapat merealisasikan hasrat mereka untuk menggunakan strategi satu lawan satu nanti. PAS juga tidak mungkin memperolehi kekuatan menjelang PRU14 sekiranya mereka tidak memberikan kerjasama.

Agenda parti Islam yang tidak dipersetujui DAP sedikit sebanyak menutup ruang kerjasama diantara pembangkang. Memang perbincangan PPBM bersama PAS telah diadakan, tetapi mustahil untuk parti bunga melupakan DAP kerana mereka memerlukan undian kaum cina untuk menentang BN.

PAS hanya membuang masa mengadakan perbincangan bersama rakan pembangkang jika mereka tetap berdegil mahu menolak DAP. Sekiranya PAS mahu mengamalkan prinsip dipimpin oleh Islam, kerajaan BN sekarang telah dipimpin oleh Islam tetapi sehingga kini PAS masih lagi menolak untuk bekerjasama bersama BN.

Kerjasama yang ditunggu-tunggu oleh PAS tidak akan menjadi kenyataan. Sepatutnya mereka lebih sedar, sekarang sambutan rakyat terhadap parti islam itu semakin hambar. Jika pemimpin parti masih tidur, tak mustahil mereka akan terus terkubur pada PRU14 nanti. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s