PAS Dan PPBM Dipaksa Terima Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri

4a-copy

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Islam PAS langsung tidak diberi pilihan… Malah dipaksa untuk terima Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih lagi dipenjarakan untuk menjadi Perdana Menteri.

PPBM dan PAS harus terima dan bersetuju yang Anwar bakal jadi Perdana Menteri jika kedua-dua parti itu mahu menjalinkan kerjasama bersama Pakatan Harapan. Maknanya disini kalau PAS dan PPBM bersama dengan Pakatan Harapan… Terhapuslah impian Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang selama ini mengintai jawatan tersebut.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub berkata persetujuan tersebut menjadi lambang kepada janji taat setia terhadap Pakatan Harapan… Malah mereka harus bersetuju kerana dari awal lagi, yang Pakatan Harapan telah mencalonkan Anwar sebagai pengganti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Itu pun kalau Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14)… Kalau tak menang, masuk angin keluar asap la korang. Bukan itu saja, amaran awal telah diberikan sebelum kerjasama dijalankan… Jangan sesekali mengkhianati perjanjian tersebut.

PPBM kini dilihat komited dan begitu serius untuk mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan… Tetapi sebaliknya pula bagi parti Islam PAS. PAS masih membuat pengiraan mahu menjilat ludah mereka sendiri ataupun tidak.

Disebabkan rasa tidak pasti itu lah, PPBM dipertanggungjawabkan bagi memujuk semula PAS supaya kembali kepada Pakatan Harapan. Tapi mahu ke PAS setuju yang Anwar akan jadi Perdana Menteri?? – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s