PAN Kedah Sudah Bersedia Untuk Menjadi Khadam Bersih

1a-copy

Parti Amanah Negara (PAN) Kedah kini dilihat sudah bersedia untuk menggalas tugas mereka sebagai khadam Bersih… Kalau sebelum ini PAN hanya menjadi khadam kepada DAP. Tetapi kini secara automatiknya, PAN sudah menjadi balaci kepada Bersih kerana kumpulan Baju Kuning untuk sememangnya ditubuhkan untuk berbakti kepada DAP.

Tugas yang bakal dilakukan oleh PAN Kedah adalah memeriahkan lagi himpunan Bersih 5 yang bakal diadakan pada 19 November akan datang… Bertempat di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, PAN Kedah juga ditugaskan untuk menghasut rakyat Jelapang Padi agar turut ikut serta di dalam himpunan tersebut.

Persoalannya, mampu ke PAN Kedah ini menghasut dan mengajak rakyat untuk menyertai dan memeriahkan lagi himpunan yang bertempat di ibu kota tersebut?? Nak ke rakyat Kedah jadi orang suruhan Bersih seperti yang dilakukan PAN Kedah ini??

Sedangkan PAN di Kedah pun tak popular dan ada juga rakyat kedah yang tak tahu mengenai kewujudan parti tersebut… Jadi bagaimana PAN nak menggalas tugas mengajak rakyat Kedah supaya sertai Bersih?? Pembohongan apa pula yang akan dilakukan PAN bagi mempengaruhi minda mereka?

Malah berapa ringgit kah yang mampu PAN Kedah bayar kepada rakyat di negeri tersebut bagi memastikan mereka menyertai Bersih 5. Kalau korang perhatikan… Konvoi Bersih di Kedah tempoh hari langsung tak dapat sambutan.

Sunyi sepi macam majlis orang mati je… Walaupun ada Datuk Seri Mukhriz Mahathir tapi sambutan langsung tak menggalakkan. Sementara PAN Kedah pula langsung takde pemimpin yang terkenal… Jadi berjaya ka usaha dorang nak tarik minat orang Kedah untuk sertai himpunan buang masa itu??

Dan adakah orang Kedah terlalu mudah untuk percayakan PAN dan kumpulan Bersih menerusi agenda tak masuk akal dorang tu?? Gomez rasa usaha PAN Kedah ni buang masa dan tenaga je. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s