PAN Dan PKR Sudah Diserapi Virus Bahaya DAP

pan-dan-pkr

Virus bahaya DAP dipercayai telah meresapi dengan mudah kedalam parti PAN dan PKR. Seorang ahli PAN telah mengesyorkan agar tidak perlu lagi membuat dasar-dasar berasaskan kaum, sebaliknya dasar-dasar perancangan ekonomi haruslah dibuat berdasarkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Melihat daripada kenyataan pemimpin PAN itu, jelas virus DAP telah menular ke dalam parti tersebut. PAN yang mahu dikenali sebagai salah sebuah parti Islam sudah termakan dengan hasutan DAP yang memang tidak mahukan kerajaan yang mementingkan agama Islam dan rakyat bumiputra.

Agaknya PAN juga telah dikafirkan oleh DAP bagi tujuan berpolitik. Namun, TS Annuar Musa membidas kenyataan tersebut. Beliau mendapati akhir-akhir ini semakin ramai wakil rakyat pembangkang yang percakapan dan perjuangan mereka semakin mirip kepada isu yang sebenarnya diperjuangkan oleh DAP.

Pemimpin pembangkang yang beragama Islam tidak seharusnya termakan dengan agenda politik DAP. Cadangan mereka itu amat mengecewakan dan tuduhan mengenai DAP menguasai gerak geri serta tindakan parti pakatan boleh dipercayai, setelah wakil rakyat beragama Islam juga menolak kepentingan kaum.

Mereka tidak sedar yang DAP memang menunggu masa untuk merombak perlembagaan yang akan memberi kesan buruk kepada agama dan tanah air. Sekiranya pemimpin pembangkang turut bersetuju dengan DAP, mereka seperti menggadaikan kepentingan melayu dan bumiputera semata-mata mahu menjaga hati rakan politik.

Sehubungan itu, kerana undi PAN bergantung kepada DAP mereka sanggup membelangkangkan soal agama. Virus bahaya DAP ternyata telah berjaya menguasai cara pemikiran pemimpin pembangkang. Sekiranya mereka mahu menggunakan dasar yang sama rata, DAP juga perlu membuang sikap rasis mereka terlebih dahulu. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s