Mukhriz Tak Suka Bila Kerajaan Nak Bangunkan Negara

2a-copy

Banyak betul penyakit-penyakit pelik yang menyerang saraf otak para pembangkang sekarang ini. Contohnya penyakit pelik seperti tak suka apabila negara nak buat projek-projek besar bagi membangunkan ekonomi dan industri negara.

Hanya kerana sikap pentingkan diri sendiri… Dan perangai busuk hati serta tamak haloba… Pembangkang mempertikaikan mengenai usaha kerajaan untuk membangunkan negara. Dorang ni sebenarnya tak suka ke bila kerajaan nak bangunkan negara??

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mempertikaikan mengapa harus negara menjalankan projek-projek besar?? Kenapa perlu buat laluan kereta api laju?? Kenapa perlu adakan pembangunan demi ekonomi negara??

Aikkkk… Persoalan yang diajukan kepada kerajaan ni menunjukkan bahawa Mukhriz seperti tak suka bila negara Malaysia nak maju. Adakah Mukhriz mahu Malaysia terus mundur?? Berada di takuk lama dan terus ke belakang??

Mukhriz benci apabila kerajaan bercadang untuk mengadakan projek-projek besar bersama kerjasama dengan China… Projek yang dijalankan kerajaan bukanlah untuk menjual negara seperti didakwa Mukhriz. Sebaliknya ia untuk pembangunan ekonomi dan minda rakyat.

Perjanjian projek-projek besar bersama negara China dijalankan bagi memastikan negara mengalami satu perubahan ekonomi yang besar. Kerajaan mahu memastikan rakyat Malaysia tidak terus ketinggalan ke belakang.

Salahkah kerajaan jika mereka mahu menjaga kebajikan dan martabat orang Melayu?? Salahkah kerajaan jika mereka mahu membina kemudahan kereta api berkelajuan tinggi dari Kuala Lumpur ke Singapura??

Berdosakah kerajaan di mata Mukhriz kalau dorang nak buat projek besar-besaran di negeri Melaka?? Hina sangat ka di mata Mukhriz kalau kerajaan nak bina landasan kereta api Pantai Timur?? Semua kemudahan dan kemajuan tersebut untuk kegunaan siapa?? Rakyat Malaysia juga.

Jadi kenapa Mukhriz ni benci sangat bila kerajaan nak bangunkan negara?? Siap tuduh, kononnya UMNO sengaja cetuskan isu perkauman dan perpaduan rakyat. Ini la jadinya kalau minda sudah dijajah dengan anasir kotor. Kemudahan untuk rakyat pula dicaci maki Mukhriz. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s