Marina Mahathir Mempertahankan George Soros

6a-copy

Aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir ni boleh diibaratkan seperti orang yang tidak betul… Sama juga seperti bapaknya, Tun Dr Mahathir Mohamad. Masakan tidak, boleh pula si Marina ni mempertahankan tindakan kejam jutawan George Soros.

Tindakan Marina tidak boleh diterima akal apabila dia menyifatkan Soros sebagai seorang yang memperjuangkan hak asasi manusia. Hak asasi manusia kepala bana apa, kalau sokong tindakan menggugurkan anak! Sokong orang homoseksual dan galakan pasangan gay!

Kemudian boleh pulak Marina ni nafikan bahawa Soros membelanjakan sejumlah wang kepada kumpulan badan pemantau pilihan raya Bersih… Padahal Bersih sendiri mengaku bahawa dorang terima dana yang besar dari Soros.

Kononnya Marina ni nak cakap yang Soros tak tahu pasal kewujudan Bersih… Tetapi tak salah jika Soros bagi bantuan pada Bersih kerana Soros pernah beri sumbangan kepada Bosnia, dan dah jadi tabiat kepada Soros untuk ‘menderma’ secara besar-besaran kepada kerja-kerja amal.

Tipu laa… Kalau Soros tak tahu pasal Bersih, tak kan la dia nak ‘derma’ secara membuta tuli sahaja… Semua orang tahu yang Marina dan Mahathir pernah berjumpa dengan Soros pada 10 tahun yang lalu di Kuala Lumpur.

Dan semua orang juga dah tahu yang Open Society Foundations (OSF) yang dibiayai oleh Soros telah memberi sejumlah sumbangan kepada Bersih yang bertanggungjawab untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang.

Malah kita semua juga tidak bodoh untuk percaya yang Soros tidak terlibat dengan kumpulan Bersih yang kononnya turut memperjuangkan hak asasi rakyat. Kenapa Marina ni beriya-iya sangat mempertahankan Soros?? Adakah kerana dia ‘dibela’ oleh Soros??

Sebab kalau kita lihat, Marina kini sudah seperti terpesong agama… Hadir majlis-majlis dan upacara keagamaan agama lain. Kalau setakat hadir saja takpe, tapi ini turut serta dalam upacara agama lain. Dah tu Marina ni juga sokong tindakan homoseksual.. Sama seperti Soros. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s