Kerajaan DAP Anggap Rakyat P.Pinang Tak Layak Terima Wang Ehsan Banjir

6-copy

Ketika rakyat P.Pinang menanggung kos tinggi akibat kemusnahan harta benda didalam kejadian banjir kilat, kerajaan DAP negeri seolah-olah mengambil sikap lepas tangan tanpa memberi sebarang bantuan.

Mungkin kerajaan DAP P.Pinang beranggapan bahawa bantuan kewangan tak diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir di negeri ini, biarpun ramai diantara mereka bukannya dari golongan berada.

Mungkin juga kerajaan pimpinan Guan Eng berasakan bahawa mangsa-mangsa banjir di negeri ini tidak layak menerima sebarang wang ehsan dari kerajaan negeri.

Dan apakah Guan Eng sekali lagi mahu menunding jari kepada kerajaan pusat, diatas kegagalan memberi sebarang wang ehsan dan bantuan kepada mangsa banjir?

Guan eng memang terkenal dengan perangai menyalahkan pihak lain diatas kesalahan yang dibuat, walaupun tindakannya itu jelas menunjukkan kebodohannya sendiri.

Sebelum ini, kerajaan DAP P.Pinang menyalahkan kerajaan Pusat diatas bencana banjir di P.Pinang. Guan eng pula dengan pantas menunding jari kepada kerajaan BN apabila ditanya oleh pihak media.

Menurut Guan Eng, kerajaan Pusatlah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah banjir di negeri ini, dan bukannya tugas kerajaan DAP P.Pinang.

Tanpa segan silu, Guan Eng juga dengan perasaan tak tahu malu mengalihkan kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan DAP ke atas bahu pemimpin BN terdahulu.

Inilah sikap sebenar kerajaan DAP di negeri ini. Maka jangan diharaplah wang ehsan atau apa sekalipun bantuan dari mereka untuk mangsa banjir, kerana ia seumpama menunggu buah yang tak gugur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s