Intan Sarafina Bakal Tersingkir Pada Konsert Gegar Vaganza Musim Ke-3 Minggu Depan??

Macam-macam hal telah timbul yang melibatkan peserta program realiti Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) ni yer.. Lepas satu, satu kontroversi panas yang timbul.. Baru-baru ni kecoh dan menjadi bualan hangat, bila Elly Mazlein menarik diri daripada program tersebut..

Terbaru, Miss dengar penyanyi Intan Sarafina pulak mengakui dan sedar ada segelintir pihak dalam industri yang tak senang dan mempertikaikan kemampuannya dalam program Gegar Vaganza 3.. Malah ingin melihatnya terkeluar pada setiap minggu.. Siapa pulak yang tak puas hati dengan Intan yer..

Intan mengatakan perkara itu membuatkan dia rasa tercabar untuk membuktikan kemampuan sebenar dirinya di dalam program realiti tersebut.. Dia tahu ramai yang tak suka dengannya, malah ada jugak yang tuduh Intan ambil tempat Maya Ruslee dan mempertikaikan kemampuannya untuk menyanyi..

Pasal ‘caras’ ambil tempat Maya, Intan menjelaskan dakwaan tu tak benar.. Lagipun hubungan Intan dan Maya tak ada sebarang masalah sampai sekarang.. Kalau dakwaan tu benar, mesti dua penyanyi tu dah bertikam lidah antara satu sama lain.. Betul tak??

Bagi Miss, persembahan Intan setiap minggu pun boleh tahan lah.. Tak silap Miss konsert Gegar Vaganza pada minggu keempat ni, Intan mendapat markah keempat tertinggi selepas Nora Ariffin dan komen positif dari juri tetap.. Itu dah kira hebat lah!

Begini lah bila menjadi ‘public figure’, kena hadap dengan macam-macam kritikan.. Bukannya semua orang sukakan kita, betul tak?? Miss harap Intan menjadi lebih kuat untuk bertanding pada konsert yang akan datang.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s