Drama ‘Awak Sangat Nakal’ Dikutuk Netizen

Setelah drama ‘Suri Hati Mr.Pilot’ melabuhkan tirai dan berjaya menarik perhatian ramai sehingga menjadi trending pada setiap episod yang ditayangkan.. Kini drama tersebut telah digantikan dengan drama baru yang bertajuk ‘Awak Sangat Nakal’ yang dilakonkan oleh Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat..

Drama ini turut diadaptasikan daripada novel dan dibawah arahan pengarah yang penuh dengan kontroversi, iaitu Azmi Hatta.. Ohh.. Azmi Hatta rupanya pengarah untuk drama ni yer! Drama ‘Awak Sangat Nakal’ baru jer ditayangkan semalam..

Tapi Miss tengok sambutan untuk drama ni tak ada lah sehangat macam drama ‘Suri Hati Mr.Pilot’.. Drama ‘Suri Hati Mr.Pilot’ sebelum ditayangkan pun, dah meletop-letop! Miss ingatkan orang ramai akan excited nak tengok drama lakonan Sharnaaz dan Ayda ni, rupanya tidak..

Miss tengok netizen dok kritik drama ni lagi adalah.. Alahaii.. Baru ditayangkan, dah kena kritik yer.. ‘Kasihan’ sangat! Hahaha.. Cer u’olss baca komen-komen yang dilemparkan terhadap drama berkenaan.. Siap ada yang buat muntah hijau lagi u’olss!

Lawaknya tu ada penonton memberitahu, bila dia tahu drama tu dibawah arahan Azmi Hatta, terus cancel nak tengok.. Hahaa.. U’olls rasa drama ni akan meletop-letop macam drama ‘Suri Hati Mr.Pilot’ tak?? Mula-mula ditayangkan pun dah dikritik, macam mana pulak hari-hari seterusnya noh..

Miss rasa Sharnaaz dengan Ayda kena buat promosi drama ni seperti yang dilakukan Fattah Amin dan Neelofa lah.. Tayang kemesraan dorang seperti pasangan bercinta setiap hari, baru lah ramai yang excited nak tengok.. Hahaha.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s