DAP Gelar Nik Abduh Sebagai Orang Gila

10a-copy

Cakap tak serupa bikin dan gemar memusing-musingkan ayat, membuatkan DAP kini menggelarkan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebagai orang gila. Naib pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim turut mencadangkan Nik Abduh untuk berjumpa dengan pakar psikiatri bagi mendapatkan rawatan.

Nik Abduh disuruh mendapatkan rawatan psikiatri dengan segera supaya dia tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan. Bukan itu sahaja, Teng juga panas hati dengan sikap anak allahyarham Nik Aziz yang suka mencari pasal dan menyakitkan hati orang lain.

Ahli DAP itu mendakwa, kini Nik Abduh mengalami penyakit mental yang serius… Diri sendiri suka cakap pusing-pusing… Lepas tu kenyataan pemimpin sendiri pun ada yang tidak dipersetujui dirinya.

Teng berkata demikian selepas Nik Abdul mengeluarkan satu lagi kenyataan bahawa rundingan sedang dilakukan bagi memperoleh persetujuan sama ada mahu bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau tidak.

DAP tidak tidak berpuas hati kerana PAS hanya mahu berunding kerjasama dengan PPBM sahaja… Tetapi tidak mahu kerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Terdahulu Nik Abduh mendakwa kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang katanya telah membuka pintu kerjasama dengan parti pembangkang telah diputar belit media.

Sementara itu, Hadi Awang sekali lagi mendakwa PAS sanggup bekerjasama dengan pembangkang asalkan parti Islam itu menjadi pengemudi utama dalam pakatan itu. Oleh disebabkan banyak sangat kenyataan bercanggah, DAP kini was-was untuk dapatkan kerjasama PAS.

Ini kerana mereka tidak yakin dengan kenyataan-kenyataan tak serupa bikin yang dikeluarkan PAS. Disebabkan itu juga DAP mengibaratkan PAS sebagai orang gila. Hari ini cakap lain tapi esok lusa cakap benda lain pula. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s