Bangsa Melayu Harus Elak Dari Terus Menjadi Bangsa Badut

3a-copy

Bangsa Melayu dinasihatkan agar tidak terus menjadi mangsa yang diperbodohkan oleh bangsa lain… Orang Melayu harus berfikiran matang dan bangkit bagi membuktikan bahawa pemikiran mereka tidak dijajah.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkehendakkan supaya orang Melayu boleh membuktikan bahawa mereka adalah sebuah bangsa yang bermaruah dan mempunyai harga diri yang cukup.

Jangan terus menjadi bangsa yang hanya ditertawakan, dihina, dibuat main dan tidak dihormati. Bangsa Melayu tidak perlu menjadi bangsa yang ditakuti akan tetapi jadilah bangsa yang disegani ramai.

Bukti pada dunia luar dan bangsa lain bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang pintar. Jangan buat kerja yang tidak berfaedah seperti berpenglipur lara dan cipta pelbagai kisah dongeng sebagai penyedap dan halwa telinga.

Buang imej badut yang selama ini ditertawakan bangsa lain… Seorang anak Melayu melakukan kesilapan, maka akan ditertawakan seluruh bangsanya. Jadi berjaga-jaga ketika melakukan sesuatu.

Sultan Nazrin percaya bahawa masyarakat Melayu sekarang terlalu sensitif dan pantang diusik. Tetapi adalah lebih baik jika mereka bersikap professional dan tahu tanggungjawab masing-masing.

Amalkan sikap tepati janji, sopan-santun, amanah dan berbudi pekerti…. Adab-adab dan nilai sopan macam ni la yang akan menjadikan Bangsa Melayu disegani dan dihormati. Jadi jangan biarkan perkara-perkara kecil yang kotor merosakkan maruah bangsa Melayu.

Bangsa lain memang suka tengok bangsa Melayu berpecah. Menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara dan menjaga maruah bangsa kita sendiri. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s