Tunku Idris Nasihatkan Pemimpin DAP Yang Hina Sultan Johor

3-copy

Didalam satu kenyataan menerusi laman Instagramnya, Tunku Idris menjelaskan keputusan Sultan Johor yang menghalang demonstrasi di negeri berkenaan adalah wajar dan bukan dibuat secara melulu.

Tunku Idris juga menyatakan apa yang dilakukan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar itu adalah untuk mengekalkan keamanan serta kesejahteraan rakyat di dalam negeri.

Baginda tidak berpihak kepada mana-mana kumpulan warna baju ataupun berpihak kepada mana-mana parti didalam hal menjaga kepentingan rakyat negeri Johor, ujarnya.

Selain itu, Tunku Idris juga berkata pihak Istana tidak akan sesekali melangkaui undang-undang negara dan tahu batas kuasa Raja-Raja, serta juga tahu batas pemikiran orang yang mempertikaikan kuasa DiRaja.

Kenyataan berkenaan dipercayai ditujukan kepada pemimpin DAP P.Pinang yang sebelum ini biadap terhadap Sultan Johor dan juga cuba menghasut rakyat dengan mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Baginda.

Didalam perkembangan lain, sehingga hari ini sudah terdapat 3 laporan Polis dibuat keatas Setiausaha DAP Bahagian Batu Kawan tersebut, didalam isu menghina Sultan.

Difahamkan, pihak Polis sudah merujuk perkara berkenaan ke Bukit Aman dan sudah memanggil Satees Muniandy untuk memberi keterangan dan juga menjelaskan tentang perbuatannya.

Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) itu berkemungkinan akan disiasat dibawah Akta Hasutan kerana cuba menganggu gugat keamanan serta demokrasi didalam negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s