Sanggup Buat Testimoni Lucah Untuk Lariskan Produk

whatsapp-image-2016-11-07-at-5-13-41-pm

Tak salah nak berniaga, dalam agama Islam sendiri menggalakkan umatnya untuk berniaga.. 9 dari 10 sumber rezeki boleh dapat dari meniaga, tapi tengok dari keadaan dan cara korang nak meniaga..

Jangan sampai kerana nak mendapat untung berlipat kali ganda, korang semua sanggup gadai maruah diri.. Makin banyak Miss A tengok antara produk-produk kecantikan seperti jamu sanggup buat testimoni lucah untuk lariskan produk..

Testimoni lucah itu selalunya dikongsikan oleh pelanggan yang pernah menggunakan produk tersebut.. Pada isteri-isteri kat luar sana, mana maruah korang sampai sanggup cerita hal dalam kain antara suami dan isteri pada orang lain?

Korang bayangkan sorang isteri boleh cerita saat tengah ‘beromen’ dengan suami sendiri kat orang lain tanpa rasa malu.. Tak belajar agama ke, hal rumahtangga tak boleh dikongsi dengan orang ketiga?

Itu hal rumahtangga, hal dalam kain lagi la tak boleh nak cerita kat orang lain.. Kalau dah tak ada rasa malu sangat dok kongsi cerita malam pertama dengan suami, kenapa tak rakam sekali video untuk dijadikan testimoni?

Sebab itu banyak remaja sekarang fikiran dah rosak, testimoni lucah macam itu boleh dipaparkan pada umum tanpa kawalan.. Banyak lagi rasa yang korang boleh guna untuk lariskan produk, bukan kongsikan kisah ‘beromen’ suami isteri orang lain untuk rakyat Malaysia..

Suami tolong azankan sikit kat telinga isteri-isteri korang yang tak tahu malu kongsikan testimoni lucah macam tu.. – MissA/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s