Ramasamy Cuba Lepas Tangan Bila Anak Buahnya Hina Sultan Johor

p-ramasamy

Kenapa TKM P.Pinang DAP perlu menafikan dan mengelak dari dikaitkan dengan Satees Muniandy yang sangat celupar menghina Sultan Johor?

Apakah Ramasamy cuba lari dari kenyataan yang pemimpin DAP terbabit sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan beliau?

Dan mengapa pula Ramasamy mahu semua pihak tidak mengaitkan parti DAP, dengan perbuatan menghina Sultan Johor yang dilakukan oleh anak buahnya tersebut?

Bukankah Satees Muniandy itu juga merupakan pemimpin DAP apabila memegang jawatan Setiausaha DAP bahagian Batu Kawan? Dimana pula yang tidak berkaitan dengan parti?

Sebelum ini semua pemimpin DAP di P.Pinang mengecam UMNO, apabila Jamal Yunus mengetuai kumpulan Baju Merah yang bertindak menghalang konvoi jelajah Bersih 5.

Walaupun Jamal menerangkan bahawa tindakan beliau mengetuai kumpulan baju merah dilakukan atas kapasiti peribadi, tetapi adakah pemimpin DAP peduli?

Serangan bertali arus dilakukan oleh DAP serta para penyokongnya terhadap UMNO, hanya kerana Jamal Yunus merupakan salah seorang Ketua Bahagian UMNO.

Begitu jugalah keadaannya dengan Satees Muniandy yang menjawat jawatan didalam parti DAP. Apa saja yang dilakukannya, ia sudah tentu berkaitan dengan parti khususnya jika tindakan berkenaan bermotifkan politik.

Jadi rasanya Ramasamy tak perlu melatah awal sangat apabila rakyat Malaysia menganggap DAP sebagai parti yang sememangnya suka menghina Institusi DiRaja.

Sebelum ini pun ramai pemimpin DAP termasuklah Guan Eng yang mencabar kemarahan rakyat dengan mempertikaikan kuasa Sultan Melayu demi kepentingan politik mereka.

Apa sangatlah nak dihairankan dengan perbuatan Satees jika dibandingkan dengan seniornya dalam parti. Sudah terbukti DAP tak mengajar ahlinya menghormati perlembagaan negara.. Siapa boleh nafikan kenyataan itu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s