Pilihanraya Zaman Mahathir Lagi Kotor Dan Jijik Sebenarnya

7a-copy

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad nak membezakan antara pilihanraya era pentadbirannya dengan era pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ujar Mahathir pilihanraya era Najib sangat kotor dan tidak telus… Persoalannya, era pentadbiran Najib atau Mahathir yang lagi kotor dan jijik?? Jika diteliti semula… Sebanyak 13 kali Barisan Nasional (BN) telah memenangi pilihanraya umum.

Kebanyakannya BN menang banyak kali ketika dibawah pemerintahan Mahathir… Yela, kalau tak menang masakan Mahathir mampu memerintah selama 22 tahun. Hanya pada pilihanraya umum yang terakhir sahaja BN menang ketika dibawah Najib Razak.

Itu pun hanya menang tipis jika hendak dibandingkan dengan zaman Mahathir, yang BN menang dengan bergaya sekali. Jadi sebenarnya pada era Mahathir atau Najib pilihan raya ini sebenarnya kotor dan jijik?? Soal pembantu isteri perdana menteri Rosmah Mansor, Rizal Mansor.

Pada zaman Mahathir… Lima kali dorang menang bergaya dan menang besar… Hanya sekali sahaja menang tipis… Jadi siapa lagi kotor dan jijik?? Bukan tu je, masa era Mahathir, dorang siap ada orang kuat Suruhanjaya Pilihan Raya.

Malah menjadi orang kuat dalam lima pilihan raya umum bersama dengan UMNO. Walaupun Rizal tak sebut siapa nama orang kuat SPR tu… Tapi Gomez sudah dapat meneka.

Pastinya orang kuat SPR itu adalah bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman. Gomez lebih yakin dengan jawapan itu apabila Rashid kini dilantik sebagai naib presiden Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (PPBM) naungan Mahathir.

Jadi takde guna kalau Mahathir dan kumpulan Bersih memperjuangkan dan menuntut pilihanraya umum yang bersih kerana pada hakikatnya, zaman Mahathir dulu sebenarnya yang paling kotor dan hina sekali. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s