PAS Disekolahkan Oleh Penganalisis Politik

7a-copy

Gomez pun pening dah dengan pendirian sebenar parti Islam PAS ni… Sekejap mahu bekerjasama sekejap tak mahu kerjasama pula. Mana satu ni?? Apa sebenarnya yang PAS mahukan? Negara tak perlukan sikap pemimpin politik kebudak-budakkan.

Penganalisis politik, Datuk Dr. Ramlah Adam bertindak menyekolahkan PAS… Menuntut agar PAS mengeluarkan kenyataan sepakat dan bukannya kenyataan yang bersifat perbezaan pandangan antara sesama ahli.

Jika ahli PAS masih belum capai kata sepakat mengenai persetujuan jalinan kerjasama antara parti itu dan Pakatan Harapan (PH)… Adalah lebih baik jika mereka duduk semeja dan buat keputusan. Bukannya buat keputusan guna kehendak sendiri tanpa persetujuan ahli lain.

Tindakan PAS tersebut bukan sahaja mengucar-kacirkan agenda PH… Malah sikap PAS tersebut mampu mengelirukan pengundi dan penyokong mereka sendiri. Silap hari bulan, pengundi PAS yang lari sebab dah tak percaya dengan kenyataan yang sering berubah-ubah dari PAS.

Kadang-kadang pengundi pun tak faham dengan kehendak PAS ni… Sebelum ini Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang bersetuju untuk jalinkan kerjasama… Dengan syarat ‘tidak mengacau rumah mereka’. Tapi bila tanya maksud ‘tidak mengacau rumah mereka’… Hadi taknak jelaskan pula.

Berbeza pula bagi Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang mendakwa pendirian Hadi itu telah diputarbelit oleh media… Katanya Hadi tak bermaksudkan kerjasama dengan PH. Aduhhhhh, pening la macam ni.

Sikap acuh tak acuh PAS ini bakal memakan diri sendiri pada kemudian hari… Jangan sampai satu hari nanti, rakyat pun dah muak dengan perangai mengada-ngada PAS ni. PH pun lama kelamaan boleh putus asa untuk pujuk PAS dan tidak percaya lagi pada mereka.

Kalau nak kerjasama cakap je nak… Kalau taknak baik terus terang sahaja. Tak perlu nak amalkan sikap tarik tali antara satu sama lain. Jangan malukan PAS dengan kenyataan kebudak-budakan tersebut. Ini politik negara bukannya politik budak sekolah. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a comment