Mukhriz Tagih Simpati Rakyat Untuk Undi Pakatan Harapan Pada PRU14 Nanti

mukhriz-merayu

Ceramah PPBM sedang giat dilakukan oleh Timbalan Presiden parti bunga, DS Mukhriz Mahathir yang dulunya menjawat jawatan Menteri Besar Kedah. Dengan menggunakan populariti yang ada, beliau tidak segan silu untuk memujuk rakyat Kedah membuang undi kepada Pakatan Harapan.

Dulunya semasa di dalam UMNO, beliau merayu rakyat supaya mengundi BN pada pilihan raya. Sekarang setelah menjadi pengkhianat, beliau menyeru seluruh rakyat negeri untuk menolak BN dengan memilih parti yang ada di dalam Pakatan Harapan. Jika dulu beliau mencaci puak pembangkang, sekarang beliau meraih undi rakyat untuk mereka.

Jelas PPBM semakin terdesak untuk meraih undi setelah mereka menjadi sebahagian daripada pembangkang. Baru-baru ini ceramah PPBM bersama rakan pembangkang telah diadakan di Taman selasih Kulim. Dalam ceramah itu beliau menekankan aspek hutang negara yang kononnya semakin banyak.

Hakikatnya di zaman pentadbiran ayah beliau Tun Mahathir, hutang negara pernah mencecah sehingga 103.4% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ketika itu. Walaupun sebanyak itu, negara masih kukuh dan tidak tergadai sehingga sampai kepada era pentadbiran DS Najib Razak. Kerajaan sedia ada kini cuma berhutang sebanyak 53.2% dari KDNK.

Hal ini bermakna apa yang dimomokkan pembangkang itu cuma satu pembohongan yang mahu melihat rakyat menolak kerajaan serta pentadbiran sedia ada. Agenda ini sengaja dicipta untuk membolehkan puak pembangkang memonopoli urus tadbir negara dan mendapat kuasa sebagai Perdana Menteri.

Selain itu, kononnya hutang negara ini akan menyusahkan hidup rakyat kerana pada masa akan datang rakyat juga bakal menanggung kesemua hutang yang telah dilakukan oleh kerajaan BN. Mungkin Mukhriz lupa, yang pendapatan negara cuma RM 200 billion setahun dan negara tidak mampu untuk menggunakan semua dana ini untuk membangunkan negara.

Malaysia perlu berhutang untuk membangunkan prasarana dengan cepat seperti projek yang dilakukan oleh kerajaan seperti MRT, Landasan berkembar, lebuh raya Pan Borneo serta lapangan terbang. Sekiranya negara tidak berhutang, sudah tentu Malaysia akan menjadi negara yang mundur dan tidak mampu untuk maju seperti negara luar.

Pendapatan negara itu hanya mencukupi untuk membayar gaji kakitangan kerajaan dan menyediakan kemudahan lain untuk rakyat seperti pemberian subsidi. Bukan itu saja, kerajaan juga menggunakan pendapatan negara untuk membina prasarana yang tidak mengguntungkan seperti jalan raya biasa dan kemudahan lain untuk dinikmati rakyat selama ini.

Tuduhan Mukhriz pada kerajaan dan pentadbiran Najib lebih kepada meraih undi serta mencari populariti baru sebagai seorang pemimpin pembangkang. Justeru, rakyat tidak harus cepat terpengaruh dengan agenda PPBM dan rakan pembangkangnya yang lain. Mereka cuma tahu menyampaikan fitnah dan tuduhan untuk menang besar pada PRU14. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s