Mahathir Jejak Kaki Di Parlimen Hari Ini Sebagai Pembangkang

6a-copy

Untuk pertama kalinya, hari ini dalam sejarah… Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjejakan kakinya di Parlimen sebagai seorang pembangkang. Pengerusi Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (PPBM) itu muncul di Parlimen bagi menghadirkan diri dalam mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota parlimen.

Bukan itu sahaja, kehadiran Tun Mahathir itu adalah yang pertama kali sejak tahun 2003… Maknanya sudah 13 tahun Tun Mahathir tak jejak kaki di Parlimen. Mesti dia rindu kan.. Hahaha! Yela, sejak Tun Mahathir berundur mana ada lagi dia datang ke Parlimen.

Turut sama kelihatan mengiringi Tun Mahathir adalah rakan subahat yang juga suatu ketika dahulu adalah musuh ketat Tun Mahathir, iaitu Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Juga turut kelihatan adalah Presiden parti cap bunga, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri, Datuk Seri Shafie Apdal dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Keberadaan para pemimpin pembangkang yang lain bersama dengan Tun Mahathir, jelas menunjukkan bahawa mereka kini sepakat dan bekerjasama dalam memenuhi agenda menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga UMNO.

Dikhabarkan lebih 20 ahli parlimen pembangkang yang menghadirkan diri dalam mesyuarat pada hari ini… Mesyuarat tu diadakan di bangunan sementara di Parlimen. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s