Kerajaan DAP P.Pinang Banyak Kerjasama Dengan Syarikat China, Tak Kira Jual Negara Pulak??

3a-copy

Pembangkang dok menyalak tak habis-habis hanya kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Barisan nasional (BN) terlibat dalam projek kereta api Laju Pantai Timur bernilai RM 55 billion yang ditandatangani baru-baru ini, bersama pelaburan syarikat-syarikat China.

Dengar je negara buat ‘deal’ dengan China, terus pembangkang tuduh yang kononnya Najib ni nak jual negara pada kuasa asing. Pelik sungguh! Najib nak buat projek tapi dikatakan nak jual negara! Padahal di Pulau Pinang, belambak sangat syarikat-syarikat China yang cari makan kat pulau tu.

Tapi takde pulak korang cakap yang kerajaan DAP Pulau Pinang tu nak jual negara! DAP Pulau Pinang juga ada bekerjasama dengan syarikat-syarikat dari China dalam projek dorang… Contohnya projek pembinaan terowong dasar laut dorang tu.

Sepatutnya dua syarikat China akan bekerjasama dalam konsortium pembinaan terowong tu… Tapi sekarang ni tinggal satu kerana syarikat utama China yang satu tu disingkirkan kerana telah menyebabkan satu kemalangan di Kuala Lumpur yang melibatkan mangsa dari Pulau Pinang.

Bila DAP libatkan pelabur dari China dalam projek dorang, takde pulak geng-geng pembangkang nak menyalak dan tuduh DAP jual negara! Tapi bila BN jalinkan projek dengan China, timbul cerita konon nak jual negara.

Adakah kerana BN yang terlibat dengan kerjasama bersama China, maka ia diklasifikasikan sebagai jual negara?? Bagaimana pula dengan DAP Pulau Pinang yang terang-terang bersepakat bersama pelabur dari China di negeri tersebut??

Macam ni la jadinya kalau orang bodoh nak memperbodohkan lagi orang bodoh… Senang cakap, dua-dua bodoh! Pembangkang buta perut… Dalam kain sendiri dok buat jahat… Tapi tuduh orang lain dok buat onar! – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s